“Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami – Lubuk Viral

Pertama Elly Mazlein menyambut lebaran di kampung halaman suaminya Cikgu Azlan di Kelantan sejak mereka bernikah pada Januari 2020.

Meskipun berstatus selebriti, namun hos Muzikal Lawak Superstar ini tetap tidak kekok berinteraksi dan melayan sanak-saudara sebelah suaminya.

Malah menerusi hantaran di TikTok, wanita bernama Maisurah berkongsi rakaman semasa Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom bertandang ke rumah keluarga suaminya yang juga merupakan sepupu Cikgu Azlan.

Dia dilihat sangat manis dan sopan meskipun cuma bersimpuh di atas lantai sambil makan bersama anak perempuannya, iaitu Putri Sara Sefhia yang kini dah masuk 6 tahun.

Cantik & sopan, jauh beza masa beraksi atas pentas…suka Kak Lina friendly dengan semua orang, takda nak jaga standard.

Itu antara pujian yang diberikan warganet kepada Elly. Cara pembawaan diri ibu kepada dua cahaya mata jauh berbeza memandangkan dirinya sering tampak meriah dan ‘gila-gila’ apabila muncul di kaca TV.

Dalam pada itu, mereka turut berterima kasih kepada ahli keluarga lain yang sudi menjaga privasi anak sulung selebriti berkenaan.

@meqdiksurah kak elly mazlein comell 😭 #foryoupage #fyp ♬ original sound – 𝓶𝓮𝓺 𝓼𝓾𝓻𝓪𝓱🧕🏻

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Keluarga