Rlsau Tak Sempat Balas Jasa, Anak Terkejvt Dapat Tahu Bapa Hidap K4nser..Sekelip Mata Tak Boleh Berjalan, Hilang Selera Makan – Lubuk Viral

Bagi setiap insan, figura seorang bapa umpama adiwira pertama dalam hidup mereka.

Kini setelah mereka dimamah usia, giliran kita sebagai anak untuk menjaga ibu bapa sebaik mungkin.

Namun bagi gadis ini, perkhabaran bahawa bapanya disahkan menghidap k4nser oleh doktor seminggu sebelum Aidilfitri yang bakal tiba cukup menyedihkan.

“Beritahu saya bagaimana saya nak jadi okey apabila ayah sendiri didiagn0sis ada k4nser sebelum raya?

“Beritahu saya bagaimana saya nak jadi okey apabila bila doktor hubungi saya untuk bertanya mengenai keizinan untuk menebvk dada ayah supaya boleh tahu k4nser tahap berapa?

Menurut gadis ini, keadaan bapanya semakin parah setelah mengetahui dia memiliki k4nser.

“Ini sangat ‘berlebihan’ apatah lagi apabila saya yang kena buat semua keputusan sebab saya anak tunggal. Ibu pun tak berapa sihat dan mereka cuma ada saya sahaja,” jelas gadis berkenaan menerusi perkongsian video di TikTok.

Gadis ini akui bahawa dia mengalami ganggvan ment4l sejak mengetahui masalah yang dialami oleh bapanya ini.

Tidak terhenti di situ, gadis ini turut akui dirinya tidak boleh duduk bertenang apabila kesihatan bapanya semakin menurun.

Gadis ini akui dia sedih dan tak sanggup menerima mengenai sakit bapanya.

“Saya memang dah tak boleh tahan air mata lagi. Duduk buat kerja pun air mata boleh jatuh. Anak mana yang boleh tenang apabila tahu ayah makin tervk?

“Ayah saya dah tak boleh berjalan, makan pun taknak. Masa mak ada buat panggilan tadi, dia beritahu yang apabila saya balik, dia tetap nak minta izin doktor balik juga beraya di rumah,” katanya lagi.

Dipercayai gadis ini sedang berada berjauhan daripada ibu bapanya atas urusan kerja oleh itu dia terpaksa menyelesaikan segala tugas sebelum pulang ke pangkuan ibu bapanya yang sedang sakit.

Duduk buat kerja pun air mata boleh jatuh. Anak mana yang boleh tenang apabila tahu ayah makin tervk?

ANAK

“Sejujurnya saya tak sanggup lagi nak terima berita tak sepatutnya. Macam-macam dalam kepala ni fikir. Saya tak tahu mampu reda ke tak.

“Semoga Allah bagilah peluang dekat saya untuk balas jasa-jasa yang tak terkira penat lelah dia. Panjangkan umur dia untuk tengok anak dia seorang ni kahwin.

“Ayah selalu cakap dia harap sempat tengok saya kahwin dengan orang yang mampu jaga saya. Dia paling r1sau apabila saya cakap nak kahwin sebab takut bakal suami tak boleh jaga saya dengan baik,” ujarnya lagi.

Tangkap layar komen beberapa ntizen.

Berikutan video yang menjadi tvlar, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa sedih dengan perkongsian gadis ini di TikTok.

“Sumpah saya nangis teresak-esak. Saya turut bers1mpati dengan awak. Semoga Allah permudahkan urusan awak.

“Saya tak boleh berhenti menangis. Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan ayah awak.

“Hi saya tak kenal awak, tapi saya doakan Allah kurniakan kekuatan untuk ayah awak, cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Semoga dipermudahkan,” demikian antara komen beberapa netizen.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/