Mahu kes Bella tak berulang, 3 perkara dicadang dalam pertemuan TMJ-Rina Harun

UNDANG-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dipinda segera bagi memastikan kes pendera4n remaja perempuan sindrom down bernama Bella tidak berulang.

Perkara tersebut dititahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mencadangkan penambahbaikan dilakukan merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan.

“Penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan dengan segera yang mana ia haruslah merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan.

“Ini adalah bagi memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam,” titahnya menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook rasminya pada Selasa.

Difahamkan, cadangan berkenaan adalah buah fikiran baginda selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Wakil Pertubuhan Antarabangsa Unicef ke Malaysia, Amanda Bissex di Royal Johor Club di Johor, pada Selasa.

Menerusi pertemuan itu, Tunku Ismail juga turut mencadangkan dua lagi saranan yang sesuai bagi meningkatkan lagi tahap kawalan bagi melindungi kanak-kanak yang berada di rumah lindungan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan dan segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar atau beroperasi secara haram bermula di Johor serta-merta.

Tunku Ismail (tengah) membincangkan isu berkaitan Bella dengan Rina dan deligasi Uniceff.

Tunku Ismail (tengah) membincangkan isu berkaitan Bella dengan Rina dan deligasi Uniceff.

“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara har4m,” katanya.

Sementara itu, Tunku Ismail turut mencadangkan agar kerajaan segera membuat kajian mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak yang mana boleh bermula di pusat-pusat jagaan kanak-kanak di Negeri Johor.

“Kajian ini harus bersama-sama dengan garis panduan daripada Unicef atau institusi-institusi bebas lain dan kajian tersebut dided4hkan kepada umum. Saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga ingin menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya yang berada di rumah perlindungan hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.

Kes penderaan melibatkan remaja orang kelain4n upaya (OKU) dikenali sebagai Bella itu mendapat perhatian ramai.

Lantaran itu, Tunku Ismail yang peka dengan keadaan menimpa m4ngsa berkenaan turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief) di mahkamah.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar