“Bila dah sampai usia 40 tahun, otot pun mulai kendur” Respon M Nasir Isu Amy Search Hulur Mic Kepada Penonton

M Nasir berkata dia kasihan kepada sesetengah penyanyi rock yang terpaksa berdepan dengan cabaran apabila tahap kehebatan vokal terhakis seiring dengan peningkatan usia.

Bagi penyanyi dan komposer itu, apabila semakin berusia, pemilihan lagu ‘berat’ akan memberikan cabaran getir untuk dinyanyikan dan ia boleh bermula seawal usia seseorang penyanyi itu mencecah 40-an.

“Saya pun kadang-kadang kasihan melihat rakan-rakan seperjuangan dalam industri yang masih berkecimpung sebagai penyanyi terutama penyanyi rock.

“Lagu-lagu yang boleh disampaikan suatu ketika dulu dah jadi berat untuk dinyanyikan pada peringkat umur mereka sekarang,” katanya.

Jelas M Nasir, 63, tubuh secara alami akan mengalami penurunan otot yang semakin melemah dan ia menyebabkan seseorang penyanyi hilang kemampuan untuk menyanyi seperti sebelumnya.

Berbeza dengan situasi dialami diri sendiri, penyanyi itu berkata, dia sebaliknya tidak berdepan masalah besar untuk membawa lagu-lagu miliknya mengikut gubahan muzik yang asal.

“Tu perkara biasa sebenarnya. Kesan penuaan penyebab utama perubahan suara seseorang di usia lanjut. Jadi penyanyi ni sebenarnya susah, bukan mudah.

“Bila dah sampai usia 40 tahun, otot pun mulai kendur. Namun, Alhamdulillah saya masih boleh menyanyi dengan baik walaupun usia dah hampir mencecah 64 tahun.

“Sebabnya lagu-lagu saya tak ‘berat’ justeru, ia boleh dipersembahkan dengan key yang sama hingga ke hari ini,” katanya.

M Nasir ditemui pada sidang media pengumuman Konsert Satu Hari Di Hari Raya yang diadakan di World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Harga tiket dibuka per meja untuk lapan orang bermula dari RM15,000 untuk VVIP termasuk sesi meet and greet, RM9,800 (VIP), RM7,800 (Platinum), RM5,800 (Gold) dan RM3,800 (Silver).

Konsert itu bakal diadakan pada 27 Mei ini bertempat di Dewan Merdeka, WTCKL, bermula jam 8 malam.

Penyanyi Sentuhan Listrikmu itu berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Amy Search yang didakwa sudah tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik apabila dia berkali-kali menyua mikrofon kepada penonton semasa di atas pentas.

Amy pula dalam satu temubual bersama media menjawab, dia berbesar hati menerima komen negatif diberikan selain mengakui masih menerima undangan nyanyian seperti biasa.

Pada masa sama, M Nasir berkata, seseorang penyanyi perlu mengetahui tahap kebolehupayaan nyanyian sendiri dengan sentiasa mempraktikkan latihan nyanyian walaupun jika tiada persembahan.

“Hari-hari saya praktikkan menyanyi, jadi saya tahu batas vokal saya. Jika tak buat macam tu, seseorang penyanyi akan hadapi masalah besar, jadi dia mesti berlatih.

“Tak boleh duduk diam saja walaupun tak mengadakan sebarang persembahan pentas. Cuma tak semua penyanyi boleh berjaya walaupun berlatih dari usia yang muda.

“Sebab itu namanya pemberian. Ada orang memang boleh menyanyi sampai umur 60 ke 70 tahun sebab teknik menyanyi digunakan selain kekal berdisiplin,” katanya.

‘Lagu Sing Along Bagi Mic Pun SaIah, Dah Bertahun Dia Buat’ – Respon Isteri Amy Search Isu Hulur Mic Kepada Penonton

” Biarlah mereka nak cakap apa..”

Itu reaksi penyanyi rock lagenda, Amy Search susulan kr1tikan dan kec4man kononnya beliau sudah tidak boleh menyanyi ‘live’ dengan baik beberapa hari lalu.

Sedikit pun tidak terjejas dengan kata-kata negat1f yang dilemparkan segelintir ntizen, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, berkata dia percaya rezekinya dalam bidang nyanyian masih ada.

” Dari dahulu lagi orang sentiasa memberi komen. Saya berbesar hati menerima sebarang komen negat1f yang diberikan.

” Jika komen positif saya ucapkan terima kasih.

” Hidup kita bergantung kepada Allah dan setiap rezeki itu adalah kurniaan-Nya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum ini tular satu video yang menunjukkan Amy membuat persembahan pentas menyanyikan lagu popular, Isabella.

Menerusi ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mengkritik vokal Amy kerana dianggap sudah tidak mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dengan baik.

Selain itu ada juga yang mengatakan susunan muzik yang dimainkan tidak sehebat ketika Amy bersama kumpulan Search.

” Part piching tinggi selalu suruh audien support, duduk rumah la Amy awak dah tak boleh menyanyi.

” Key rendah pun masih tak sampai nak buat macam mana. Faktor usia ya juga.

” Vokal Amy masih boleh dimaafkan tapi sound sistem h4ncur giIa. Macam muzik rumah orang kahwin,” tulis beberapa netizen.

Mengulas tentang hal tersebut, Amy enggan memberi sebarang komen mengait namanya lagi dengan kemeIut yang pernah meIanda kumpulan legenda itu.

” Tidak perlulah saya komen tentang hal itu. Biarlah mereka nak cakap apa,” ujarnya ringkas.

Untuk rekod Amy mengumumkan keluar daripada kumpulan Search pada Mac 2020 yang mana anggota asalnya terdiri daripada Nasir selaku pemain bass, Nordin (gitar) dan Kid (gitar).

Bagaimanapun Amy kemudian kembali bergabung pula dengan Man Kidal, Hillary Ang dan juga Nasir membentuk Search baharu.

Mereka bakal tampil dengan dua lagu baharu berjudul Endamik 1 dan Endamik 2 dalam masa terdekat.

Bercakap tentang perjalanan seni, kata Amy dia masih menerima undangan nyanyian termasuk majlis korporat dan perkahwinan.

” Syukur rezeki saya masih berjalan seperti biasa. Saya masih menerima undangan nyanyian di majlis-majlis tertutup dan saya akan terus menyanyi selagi terima jemputan,” jelasnya.

Respon isteri Amy Search curi tumpuan

Kekal aktif menjadi penghibur dan penyanyi kepada kumpulan rock lagenda, Search, Amy sentiasa didokong kuat oleh ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anaknya.

Bertemu jodoh dengan Norhasniza Hassan atau Nourish pada Oktober 2003, isteri Amy itu ibarat tulang belakang yang sentiasa menyokong karier Amy sejak mereka mendirikan rumh tgga.

Boleh dikatakan beliau adalah peminat nombor satu Amy Search, Nourish juga individu yang sentiasa lantang membela apa saja isu membabitkan suaminya itu.

Malah berkenaan isu ‘hulur mic’ yang menjadi perdebatan hangat tempoh hari, Nourish tidak ketinggalan memberi respon.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nourish secara sinikal meminta Amy untuk memberi saja mic kepadanya apabila membuat persembahan.

” Lepas ni nyanyi mic bagi i okay Amy. Syafiq (suami Nabila Huda) orang suruh record lagu “ Kau Pergi “ dia boleh nyanyi dekat bawah tu ya..” tulis Nourish.

Bagi mic pun saIah hahaa

Entri ditulis Nourish itu mendapat perhatian peminat-peminat sejati kumpulan Search yang tetap memberi sokongan dan meminta Amy dan isteri agar tidak mempedulikan komen negat1f.

” Pedulikan kata-kata org janji ada Amy buat persembahan akan idup kumpulan search..

” Legend tetap legend… the only 1…pedulikan sis!…pheewitttt..” tulis peminat.

Membalas komen peminat Search itu, Nouris menjelaskan isu ‘hulur mic’ sepatutnya tidak menjadi isu kerana ia adalah perkara biasa, malah sudah bertahun Amy melakukannya.

” Lagu sing along bagi mic pun salah hahaaa.. dah bertahun dia buat..” tulis Nourish.

Terdahulu, vdeo Amy menyampaikan lagu popular berjudul Isabela ketika membuat persembahan menjadi tular.

Bagaimanapun vdeo itu mendapat kritikan dan sindirian netizen yang mengatakan Amy tidak mampu menyampaikan lagu bernada tinggi dengan baik seperti dahulu.

Amir U.K’s kata tak saIah tapi biar berpada

Sementara itu, vokalis kumpulan U.K’s, Amir menyatakan tidak ada salahnya bagi seorang penyanyi untuk menghulurkan mikrofon kepada penonton sewaktu membuat persembahan.

Menurut Amir, tindakan itu merupakan salah satu cara bagi penyanyi untuk berinteraksi bersama peminat kesayangan namun harus dilakukan secara berpada-pada.

” Bagi saya kita seharusnya memberikan penghormatan kepada Amy Search. Apa yang berlaku mungkin disebabkan faktor umur dan juga sistem bunyi itu sendiri,” jawabnya.

” Bagi saya tak salah untuk penyanyi menghulurkan mikrofon tetapi jangan terlalu lama. Mungkin satu atau dua baris sahaja sudah cukup.

” Paling penting bila tiba bahagian korus, penyanyi itu sendiri yang harus menyanyikan lagu itu, jangan tinggalkan.

” Sebenarnya ini bukan trick tapi sebaliknya lebih kepada untuk mendapatkan mood penonton. Bila dengar sambutan bermakna penyanyi itu sendiri akan jadi lebih yakin untuk menyampaikan bahagian seterusnya.

” Saya pun pernah buat tetapi tidak terlalu lama satu atau dua baris sahaja lepas itu kita teruskan sampai habis.

” Cara macam ini boleh dikatakan penyanyi-penyanyi barat pun ada buat tetapi tidak terlalu ketara.

” Apa pun yang paling penting berpada-pada, tidak bolehlah untuk semua lagu,” katanya.

KREDIT: MKINI

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/