Masing2 Masih Sayang, Wanita Ajak Bekas Suami Rujuk Semula Lepas 10 Tahun Cer4i – Lubuk Viral

Jodoh, aj4l dan rezeki sememangnya sudah ditentukan oleh Maha Pencipta. Jika Dia mengatakan jodoh kita masih lagi panjang, tiada apa yang dapat menghalang untuk dua insan bersatu semula.

Perpisahan yang berlaku dalam perkahwinan sudah tentu amat menyakitkan buat mereka yang masih mempunyai rasa sayang terhadap pasangan.

Ajak rujuk, segera nak print borang nikah

Jadi, jika jodoh tersebut masih ada, tidak salah rasanya untuk masing-masing menurunkan eg0 dan muhasabah diri bagi memperbetulkan semula hubungan demi anak-anak.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @nad_ieyya apabila mengajak bekas suaminya untuk rujuk semula selepas 10 tahun bercer4i.

Masih sayang sebab tu tak cari pengganti

Melihat perkongsian yang dibuat, dia telah mengajak bekas suami untuk kembali bernikah dan bertanyakan persetujuan lelaki itu menerusi tangkapan layar perbualan WhatsApp.

Menerusi balas mesej yang dihantar, lelaki itu pada awalnya masih tidak percaya dan akhirnya bersetuju kerana mengakui masih menyayangi wanita berkenaan sehingga tidak berumahtangga  lagi walaupun sudah sedekad berpisah.

Mesti yang lelaki hati dah berbunga-bunga

Walaupun ada yang mengatakan perbualan tersebut hanya rekaan, pengguna TikTok itu menegaskan yang ia memang berlaku dan dia sedang dalam perancangan untuk kembali bersatu dalam masa terdekat ini.

Ia juga dikuatkan lagi dengan komen daripada kenalannya yang mendoakan agar hubungan wanita tersebut dengan bekas suami kembali lancar dan menitipkan beberapa pesanan buat mereka.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: TikTok @Nad_ieyya94