“Jangan Keterlaluan Sangat…” – Ada Netizen Sampai Mimpi Tangmo, Ustaz Elyas Tegaskan Tak Boleh Ucap ‘Rest In Peace’ – Lubuk Viral

Sudah dua minggu kes kemati4n pelakon Thailand, Tangmo Nida menjadi bualan hang4t di media sosial. Biarpun terjadi di negara jiran, netizen Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes ini sehinggakan majlis penghormatan mendi4ng yang diadakan pada hariJumaat hingga Ahad.

@ustazelyasismail Mimpi tangmonida? Apa maksudnya? #fyp #foryourpage #fypシ #tangmonida #tangmo ♬ Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals

Pendakwah dan penceramah televisyen tanah air, Ustaz Elyas Ismail mended4hkan dia ada menerima mesej daripada individu yang bermimpi tentang Tangmo.

Pesan Elyas, mimpi itu hadir berkemungkinan berpunca daripada psikol0gi gara-gara mengikuti perkembangan aktres itu. Katanya, jangan terlalu takut dan bimbang kerana itu hanya mainan tidur.

Baru-baru ini ada orang berkongsi tentang dia mimpi Tangmo Nida iaitu artis terkenal di Thailand yang m4ti dalam kes yang sangat menyayat hati dan mengejutkan.

Bagi kita orang Islam, kalau mimpi macam itu, kita jangan keterlaluan sangat nak takut, bimbang. Mungkin boleh jadi sebab kita banyak fikir, baca dan ikuti perkembangan kes tersebut. Maka, itu boleh menyebabkan kita mimpi.

Tak boleh ucap RIP

Dalam pada itu, Elyas turut menekankan kepada individu beragama Islam supaya tidak mengucapkan ‘Rest in Peace’ kepada seorang yang bukan Islam apabila berlaku kem4tian. Katanya lagi, ucapan tersebut seolah kita mendoakan kepada mendiang.

Bagi saya, jika kem4tian melibatkan orang bukan Islam, seminat mana kita suka lakonan dan sayang dia, sama sekali kita tak boleh ucapkan RIP.

RIP itu macam doa, kita orang Islam tak boleh. Sekadar bersimpati, berdukacita atas apa yang berlaku, itu boleh. Moga kita dapat manfaat dan belajar sesuatu.

Terdahulu, Tangmo, 37, bersama lima orang lain menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangkok ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi. Dia terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.

Sumber: TikTok @ustazelyasismail

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : obulan