Sesi Latihan Tok Ti Di Big Stage Bikin Terpaku, “Rehearsal Pun Rasa Mcm Tengok Live” – Lubuk Viral

Cukup menjadi bualan hangat netizen, acara mingguan rancangan Big Stage Ahad lalu ini cukup sesuatu. Apatah lagi apabila tema minggu tersebut adalah ‘This Is Siti Nurhaliza”. Memang cukup meriah dengan para peserta membawakan lagu milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan gaya masing-masing.

Malah apa yang lebih mencuri perhatian penonton adalah apabila mereka dapat menyaksikan persembahan dari penyanyi kesayangan ramai ini ketika di Big Stage. Baru-baru ini juga Tok Ti berkongsikan satu rakaman yang memaparkan sesi latihan Tok Ti dalam rancangan ini menerusi akaun TikTok miliknya.

Dalam perkongsian tersebut kelihatan Tok Ti berada di atas pentas bersama beberapa penari. Gerak tarian dan suaranya ketika sesi latihan ini telah membuatkan ramai terpaku. Berikut adalah perkongsian rakaman sesi latihan Tok Ti ini:

@toktitiktok Sesi latihan #bigstage2022 ❤️ #fyp #fypシ #sitinurhaliza ♬ original sound – Siti Nurhaliza

@saefulkurylenkoofficial #masukairdah? #tokti #kaklinapompom #bigstage2022 ♬ original sound – AbangEpulDamansara

Kalau sudah berbakat, siapa sahaja yang dapat menyangkalnya bukan? Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 291 ribu tontonan dan 25 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan kata pujian mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Rehearsal pun all out. Tok Ti tiada gantinya”

Sesi Latihan Tok Ti 4

“Terbaik macam konsert puas tengok ulang2 pun tak jemu. Love sangat”

Sesi Latihan Tok Ti 3

“Belom pernah lagi aku tengok video TikTok ni lebih dari 3 minit. Siyes 10 minit pun nak dengar lagi.”

Sesi Latihan Tok Ti 2

“Rehearsal pun rasa macam tengok live…”

Sesi Latihan Tok Ti 1

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : HCL