Pemuda rasa bersalah! Video berpelvk dengan abang 10 tahun terpis4h undang seb4k, raih lebih 5 juta tontonan – “Kami cepat-cepat bl4h dari situ” – Lubuk Viral

VIDEO memaparkan pertemuan dua ‘beradik’ yang terpisah selama 10 tahun mengundang seb4k netizen di media sosial.

Dalam tempoh 18 jam selepas dimuat naik, video itu meraih lebih 5.3 juta tontonan dan dibanjiri dengan pelbagai komen netizen.

Ketika dihubungi mStar, Muazzam Shah Uwais Abdul Sani, 22, yang tular dalam video itu menjelaskan ia merupakan lakonan semata-mata yang dibuat sebagai content media sosial.

Mesra disapa Wais, pekerja penghantaran makanan itu mengaku berasa ralat apabila ramai netizen seolah-olah terpedaya dengan lakonan dia dan rakannya dalam video berkenaan.

“Video itu dirakam pada Jumaat, di hadapan Pavilion Bukit Bintang. Saya memang dah rancang dengan member untuk buat content.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Ramai sebenarnya yang percaya. Ada yang terharu, ada juga yang seb4k tengok video kononnya dua beradik bertemu selepas lama terpisah. Ada sikit rasa bersalah, tapi ini hanyalah content semata-mata.

“Saya baca komen, ramai juga yang tanya kenapa kami dua beradik boleh terpisah. Video ini paling tinggi tontonan di TikTok saya setakat ini,” ujarnya.

wais4

Wais memiliki lebih 800,000 pengikut di TikTok.

Menurut jejaka dari Shah Alam itu, dia juga mengambil sikap tak peduli ketika membuat rakaman berkenaan di hadapan khalayak ramai.

Tambah Wais lagi, dia dan rakannya selamba berteriak dan berpelvkan di hadapan orang ramai demi menjiwai jalan cerita yang sudah dirancang awal.

Mula-mula main TikTok suka-suka saja. Tak sangka terbuka rezeki di sini.

WAIS

“Masa pelvk tu, rasa malu juga. Tapi selepas siap rakaman, kami cepat-cepat blah (pergi) dari situ. Masa buat tu saya tak tengok orang sekeliling.

“Memang rasa malu, tapi nak buat content, kena pendamlah rasa malu,” ujarnya yang memiliki lebih 800,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Bercerita mengenai dirinya, anak sulung daripada empat beradik itu mula aktif menghasilkan content di TikTok sejak lebih setahun lalu.

wais3

Wais meraih pendapatan dengan melakukan khidmat reviu di media sosial.

Imbas Wais, tuah ternyata menyebelahi dirinya apabila populariti yang diraih turut membuka peluang rezeki buatnya.

Sejak memiliki jumlah pengikut yang ramai, Wais juga sering ditawarkan untuk membuat reviu produk, sekali gus ia menjadi sumber pendapatan untuk dirinya.

“Saya buat pelbagai content. Bermula dengan video-video saya main game, kemudiannya ada juga buat video menyanyi dan macam-macam lagi.

wais2

Wais tidak menyangka pintu rezeki terbuka buatnya menerusi aplikasi TikTok.

“Mula-mula main TikTok suka-suka saja. Tak sangka terbuka rezeki di sini, boleh jana pendapatan. Biasanya saya buat reviu produk dan baju, makanan pun ada.

“Kadang-kadang banyak juga saya terima komen t0ksik. Ada yang cakap saya beria, ada pula yang cakap saya lapar perhatian. Memang s4kit hati, jadi saya terus bl0ck mereka yang komen neg4tif.

“Dalam TikTok tak perlu serius sangat, kita buat video untuk hiburkan diri. Kalau ada yang salah, boleh tegur elok-elok. Sekarang ramai yang tegur dalam bentuk perli dan meny4kitkan hati,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar