“Sedih tak sempat..” Fasa ‘honeymoon’ tiga tahun berakhir, Raja Ilya sedia jadi ibu- Lubuk Viral

SETELAH lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya akhirnya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Menurut Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, dia dan suami merancang untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“Saya dan suami memang merancang untuk dapatkan anak tahun ini.

“Setelah lebih tiga tahun berkahwin, sudah tiba masanya untuk kami fikirkan soal keluarga.

“Jika dikurniakan rezeki anak pastinya saya sudah bersedia untuk membina keluarga,” katanya kepada mStar.

raja ilya 2

Raja Ilya sedia menjadi ibu.

Raja Ilya berpindah ke Perth, Australia sejak 2019 selepas berkahwin dengan Trent Garret pada Disember 2018.

Dalam pada itu pelakon filem Soulmate Hingga Jannah ini juga meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun katanya pan.de.mik C.o.v.i.d-19 yang masih berlarutan menjadi antara faktor dia tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

Biasanya kalau rindu dengan Malaysia saya akan masak masakan tradisi atau menonton filem Melayu

RAJA ILYA

PELAKON

“Apa boleh buat? Semoga pan.de.mik ini segera berakhir dan saya dapat pulang berjumpa keluarga di Malaysia.

“Biasanya kalau rindu dengan Malaysia saya akan masak masakan tradisi atau menonton filem Melayu.

“Walaupun berada jauh, saya masih ambil tahu perkembangan di Malaysia menerusi Instagram dan berita semasa,” ujarnya.

raja ilya 3

Sentiasa rindukan Malaysia dan berharap dapat pulang dalam masa terdekat.

Beberapa hari lalu Raja Ilya meluahkan rasa berang dengan berita berkaitan kes pakar kecantikan tidak bertauliah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas mendapatkan suntikan membesarkan otot punggung.

“Kisah itu sama seperti yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Saya harapkan ia dapat membuka mata mana-mana pihak berwajib untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan kecantikan tidak bertauliah,” jelasnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: IG Raja Ilya, mstar