Jana Pendapatan Cecah RM10 Juta Setahun, Mas Khan Berniaga Apa? – Lubuk Viral

Baru – baru ini Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan atau lebih dikenali sebagai Mas Khan ada berkongsikan satu ‘posting’ di Instagram miliknya berkenaan dengan kakayaan yang dimilikinya pada tahun ini.

Jana Pendapatan 10 Juta Pada Umur 28 Tahun

Mas Khan yang lahir pada 10 April 1994 berkongsikan kekayaan yang dimilikinya pada usia 28 tahun. Dalam perkongsian tersebut dia menyatakan pulangan wang yang diperolehinya dalam masa 6 jam sebanyak $10,000.00 apabila menyertai ilmu perdagangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

“3 tahun lepas, saya bayar $1,000.00 untuk belajar ilmu perdagangan. Hari ini, saya buat $10,000.00 dalam masa hanya enam jam sahaja. Jadi, pelajaran untuk harini, jika anda tidak boleh melabur untuk diri anda, anda tidak boleh memenangi permainan yang lebih besar…” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Beri Nasihat Melabur

Bukan itu sahaja, dia yang terkenal menerusi watak Inspektor Kamal dalam drama Gerak Khas turut berpesan kepada pengikutnya untuk mula belajar melabur untuk diri sendiri dahulu.

Ramai Yang Memuji

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai yang kagum dengan apa yang telah dimiliki oleh Mas Khan dan ada juga yang memuji mengenai usahanya selama ini.

Sekadar makluman,  sebelum ini terlihat Mas Khan berkongsikan kepada umum di Instagram Forexcartelmy mengenai pelaburan yang disertainya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: murai.my