“Dia Wanita Istimewa..” – Fizi Ali Perjelas Siapa Pemilik Suara Perempuan Ketika Bersama Anak – Lubuk Viral

PERKONGSIAN video penyampai radio Suria FM, Fizi Ali ketika sedang membacakan buku kepada anaknya Ameena Sofia mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.

Rata-rata ingin tahu tentang identiti individu yang merakam video berkenaan kerana dipercayai adalah seorang wanita berdasarkan suara pada penghujung rakaman berkenaan.

Namun teka-teki itu terjawab apabila Fizi atau Hafizudin Alimudin, 33, memaklumkan kepadamStar bahawa individu berkenaan adalah ibunya sendiri.

“Tak sangka orang boleh salah anggap terhadap video tersebut. Suara it adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya… ibu saya.

Nama Fizi menjadi tumpuan peminat apabila secara tiba-tiba mengumumkan sudah berpisah dengan pelakon Shakilla Khoriri pada Disember lalu.

Dalam pada itu Fizi berkata dia kini sudah mula membiasakan diri bergelar bapa tunggal.

“Saya dan Shakilla dalam proses untuk betulkan diri masing-masing. Kami juga lebih fokus pada kerja dan anak.

“Buat masa ini kami tidak terfikir untuk kembali bersama.

“Ketika awal percer4ian saya rasa hidup saya musn4h, tetapi sekarang dah boleh move on dan sesuai diri,” ujarnya.

Sementara itu Fizi berkata buat masa ini dia belum terfikir soal jodoh walaupun sering diusik rakan penyampai ketika bersiaran di slot Pagi di Suria.

Fizi dan Shakilla sama-sama setuju soal hak penjagaan anak

“Apabila rakan-rakan di konti mengusik ketika bersiaran saya anggap itu adalah gurauan.

Saya okey kalau pendengar gembira dan ia tidak melampaui batas.

“Untuk kembali ada hubungan cinta… belum laqi buat masa sekarang.

“Namun saya tidak menolak jika Tuhan temukan saya dengan seseorang. Soal jodoh itu adalah ketentuan Than,” katanya.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia dua tahun.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Mstar