Doa Khas Habib Ali Zainal Abidin Untuk Pasangan Datuk Mahadi Dan Heliza Helmi Tarik Perhatian Netizen – Lubuk Viral

Penyanyi Heliza Helmi selamat menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada sabtu telah menarik perhatian netizen.

Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Tapi apa yang menarik perhatian ramai ialah Datuk Mahadi berkongsi satu posting di laman Instagram rasmi miliknya, seorang yang berpengaruh dalam agama Islam iaitu Al Habib Ali Zainal Abidin mendoakan khas untuk pasangan tersebut.

Habib Ali Zainal Abidin juga merupakan pentadbir utama Majlis Ta’lim Darul Murtadza yang terletak di Kuala Lumpur dan sering menghiasi slot kaca televisyen dan radio dengan pelbagai topik ilmu agama.

VIDEO:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahadi BZ | President AUF?MBZ (@mahadibz)

“Jom sama-sama Ameen kan Doa khas dari Habib Ali Zainal Abidin untuk saya dan pasangan syurgaku @nurhelizahelmi serta semua pasangan-pasangan di luar sana, katanya di ruangan kapsyen

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian ini telah mendapat 13.800 tontonan dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terharu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

KOMEN NETIZEN:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :IG MAHADI BZ