Cari Penaja ‘Wrap’ Kereta, Wani Kayrie Tayang Kereta Baru?

Syazwani Syafirah Abdullah ataupun lebih dikenali dengan Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi dan juga merupakan pelakon malaysia. Beliau memiliki satu bakat yang terpendam walaupun baru sahaja berumur 22 tahun.

Beliau pernah menyertai pertandingan ‘Kamilah Bintang’ pada tahun 2010 dengan menggunakan nama Syazwani Sapari. Menerusi pertandingan tersebut, beliau dinobatkan sebagai juara dan mengalahkan lima peserta lain.

Wani Kayrie meluahkan rasa syukur beliau di laman Instagram miliknya dengan memuat naik satu gambar dengan sebuah kereta yang baru sahaja dibelinya.

Difahamkan kereta yang dibelinya itu merupakan model CLA 180 dari Mercedes Benz yang berharga RM190,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

Menerusi hantaran tersebut, Wani Kayrie menitipkan rasa syukur kerana dapat memiliki sebuah kenderaan yang sudah lama diidamkannya.

“Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian” katanya.

Penyanyi kepada lagu ‘jangan jangan’ itu mengatakan bahawa kereta tersebut merupakan hasil titik peluh beliau bekerja dari pagi hingga ke pagi sehingga sakit disebabkan bekerja. Beliau turut berharap dengan adanya hadiah ini beliau boleh menjadi seseorang yang lebih kuat berusaha untuk mencari rezeki.

Tidak ketinggalan Wany Kayrie turut meluahkan rasa syukur kepada peminatnya yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan beliau dengan mengatakan ‘Di sebalik kejayaan Wani, terselit nya doa2 dari anda semua’.

Rata rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.

Komen Rakan Rakan Artis : 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : Ig wany kayrie

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*