Pelamin Uyaina Arshad Hanyut Dibawa Banjir, Tiket Kapal Terbang Ke Eropah ‘Burn’ – ‘Kami Berdua Saling Ketawa Mengenangkan Pelbagai Drama’

Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran Azhanrianshah sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

Menurut Uyaina, dia dan Raja Syahiran, 28, diduga apabila pelamin asal untuk majlis akad nikah mereka dihanyut oleh banjir pada hari Ahad.

Pelamin anganku musnah

Kata Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia terpaksa menggunakan perkhidmatan daripada perancang perkahwinan lain bagi menjayakan majlis tersebut.

Biarpun tidak mendapat pelamin idaman, Uyaina dan Raja Syahiran tidak berasa terkilan kerana bagi mereka yang paling penting adalah majlis ijab qabul.

Sepatutnya malam berinai diadakan pada malam tadi dengan tema ‘arabian night’ tapi terpaksa dibatalkan. Bukan itu sahaja, pelamin saya juga musn4h.

Pelamin asal yang sepatutnya dipasang pada pagi ini tidak dihantar gara-gara hanyut dibawa banjir pada Ahad lalu. Kami terpaksa berlapang dada… nasib baik ada perancang perkahwinan lain yang jadi bidang terjun walaupun pada saat-saat akhir.

Sejujurnya kami tidak berasa terkilan pun sebab yang penting ijab qabul dan dikelilingi keluarga dan rakan terdekat. Ikutkan rumah Syahiran di Subang pun terjejas akib4t banjir. Kami berdua saling ketawa apabila mengenangkan pelbagai ‘drama’ yang berlaku sebelum majlis ini dapat dijalankan.

Saya tidak menangis langsung apabila keadaan begini terjadi. Sebab sepanjang proses Syahiran sentiasa ada bersama. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

‘Burn’ tiket kapal terbang

Dalam pada itu, peserta Dansa Dan Sing menyatakan mereka sepatutnya ‘terbang’ ke Eropah pada hari Khamis namun terpaksa dibatalkan biarpun tiket penerbangan sudah dibeli.

Sepatutnya kami akan terbang ke Eropah untuk berbulan madu pada Khamis tapi terpaksa membatalkan hasrat itu. Ikutkan tiket dan semua perancangan sudah dibuat.

Ia berikutan variant baharu Cov1d-19 yang kini menyerang. Lagipun keluarga saya dekat sana pun ada dij4ngkiti v1rus tersebut.

Nak cakap anggaran kerugian itu, saya rasa tidak sesuai untuk dikongsi dalam keadaan sekarang. Ramai lagi yang lebih terkesan dengan bencana sedang melanda negara sekarang.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019.

Majlis merisik juga dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Syahiran dan Uyaina.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*