“Saya xnk berpi4h dgn cara gadvh dan dend4m” Lelaki joget2 dgn bekas isteri depan pejabat agama lepas cer4i tampil cerita perkara sebenar

Beberapa minggu lepas, tular di media sosial apabila seorang wanita memuat naik satu video menari di hadapan Pejabat Agama Islam Teluk Intan di aplikasi TikTok.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan memaklumkan yang dirinya sah bergelar j4nda dan sudah berpisah dengan suami secara baik. Mereka berdua juga membuat video berjoget sakan walaupun ketika itu baru sahaja memutuskan perkahwinan yang dibina.

Mungkin sudah lama memendam rasa dan tidak ingin bersama, satu pasangan dilihat begitu gembira setelah berpisah secara sah di sebuah pejabat agama tempatan baru-baru ini.

Satu video tular di media sosial memaparkan satu pasangan suami isteri berjoget di depan pejabat agama selepas disahkan bercer4i.

Menerusi video berdurasi 14 saat yang dikongsi di media sosial ketika ini memaparkan dia menari bersama bekas suami di hadapan Kompleks Pentadbiran Agama Islam, Teluk Intan, Perak, setelah bergelar j4nda.

“Officially (secara rasminya), saya bergelar j4nda pada hari ini dengan tal4k loro tal4k loro (talak dua).

“Terima kasih bekas (suami) banyak jaga saya sebelum ini. Semoga jumpa jodoh yang lebih baik,” tulisnya.

Selepas teruk dikec4m masyarakat Malaysia, akhirnya bekas suami kepada wanita tersebut yang juga lelaki yang sama-sama berjoget di hadapan pejabat agama itu telah mengeluarkan kenyataan di aplikasi TikTok dengan memohon maaf diatas keterlanjuran yang berlaku.

Mohon maaf atas video tular

Vokalis kepada kumpulan nyanyian Azzahra Band itu juga menjelaskan bahawa video yang dibua hanyalah bertujuan untuk memberitahu yang mereka berpisah dengan cara baik dan tidak ada sebarang pergaduhan berlaku.

video

Sebelum membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas video yang dikec4m ramai tu, Ejai Aziz memaklumkan yang sebenarnya dia dan bekas isteri telah lama membuat permohonan untuk berpisah kerana sudah hampir setengah tahun tidak tinggal sebumbung.

Nak bagitahu yang berpisah dengan cara baik

Pelbagai cara dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan dan nampaknya tidak berjaya. Jadi pencerai4n adalah jalan terakhir walaupun sedar ia bukanlah sesuatu keputusan yang baik.

Ejai Aziz turut memberitahu yang dia redha dengan perpisahan ini namun akui tidak gembira dengan apa yang berlaku. Cuma tindakan membuat video menari di hadapan pejabat agama hanyalah untuk memaklumkan yang mereka berpisah dengan cara baik tanpa sebarang perasaan dendam.

Kes percerai4n di Malaysia rekodkan peningkatan luar biasa

Kes percerai4n di Malaysia merekodkan peningkatan yang luar biasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Malah, trend peningkatan itu juga dijangka berterusan apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di beberapa negeri.

Menurut laporan UUM Online, Pegawai Psikologi Kanan Pusat Kaunseling, Faezah Nayan berkata, masalah kewangan menjadi antara penyebab utama berlakunya perceraian kerana ramai suami hilang punca pendapatan kerana diberhentikan kerja akibat C0v!d.19.

“Kehilangan pekerjaan mencetuskan masalah kewangan dalam keluarga, lebih parah apabila suami sebagai ketua keluarga diberhentikan kerja menyebabkan tiada duit untuk beli makanan, susu anak, lampin dan sebagainya, lantas menyebabkan konflik dalam rumahtangga apabila suami isteri bergaduh.

“Masalah kewangan akan mencetuskan k0nflik dan pergaduhan antara suami dengan isteri disebabkan tekanan dan akhirnya menyebabkan wujudnya ketidaksefahaman di antara satu sama lain,” katanya pada program dalam talian bertajuk Kesejahteraan Psikologi Dalam Normal Baharu anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Perpati) UUM baru-baru ini.

Masalah kewangan dikatakan menjadi punca pergadvhan suami isteri. – Foto 123RF

Faezah berkata, kebanyakan kes yang berlaku melibatkan kumpulan B40 seperti peniaga kecil-kecilan, pembantu kedai makan, pekerja kilang dan ada juga yang bekerja sendiri.

“Apabila ada masalah kewangan mereka terpaksa menjual apa yang ada seperti telefon bimbit, beg tangan mahal, kasut sukan berjenama demi meneruskan kelangsungan hidup. Jadi apabila tiada telefon bimbit bukan sahaja akan menyukarkan komunikasi dengan orang lain, bahkan juga menyebabkan anak-anak tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

“Jadi masalah ini saling berkait dan rentetan daripada masalah kewangan boleh menyebabkan k0nflik hubungan suami isteri yang tidak berkesudahan, akhirnya mencetuskan percer4ian atau meruntuhkan institusi kekeluargaan,” katanya.

Menurut beliau, kesejahteraan psikologi merujuk kepada individu mempunyai mood dan emosi yang positif seperti gembira, bahagia, bersemangat, rendah emosi neg4tif dengan kualiti kehidupan yang merangkumi kualiti pekerjaan dan kekeluargaan serta berfungsi secara positif iaitu memiliki autonomi serta makna serta tujuan untuk hidup.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesejahteraan psikologi bermaksud tiada penyakit mental di mana keadaan seseorang yang berfungsi pada tahap penyesuaian emosi dan tingkah laku yang memuaskan atau keupayaan individu untuk menikmati kehidupan selain mewujudkan keseimbangan antara aktiviti kehidupan serta usaha untuk mencapai daya tahan psikologi.

Tambahnya, berdasarkan Teori Hierarki Maslow, faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan psikologi membabitkan lima keperluan manusia iaitu keperluan asas, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan pengharapan dan keperluan sempurna kendiri.

“Apabila kelima-lima keperluan tersebut tidak dipenuhi maka wujudlah psikologi yang tidak sejahtera iaitu rasa sedih, kecewa, tertekan, murung, bercelaru, bimbang dan trauma,” katanya.

Sumber: TikTok @Ejai_aziz, Instagram Ejai Aziz, ohmymedia

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*