
Terdahulu, kisah seorang ibu bernama Murni Nasuha ini pernah viral mandikan j4sad anak keduanya yang dijemput Ilahi susulan menghidap pelbagai k0mplikasi j4ntung.
Namun siapa sangka, paling terkesan adalah puteri sulungnya yang sebelum ini cukup teruja malah rajin bercakap dengan baby Mohamad Affan sejak dalam rahim lagi.
Baru-baru ini, keluarga kecil Murni berkesempatan ziarah pusara anak syurga tersebut bersempena genap sebulan pemergiannya. Menerusi perkongsian video di TikTok, si kakak bernama Afra Eryna dikatakan paling tidak sabar pergi ke sana.
Bukan setakat menyentuh tanah kvbur seperti sedang membelai bayi berkenaan, mulutnya juga tidak lekang bertanya mengapa tidak boleh bawa balik adik ke rumah.
Selesai ziarah kvbur, Afra Eryna juga merajuk tidak mahu pulang tanpa adiknya. Paling menyayat hati, si cilik tersebut tiba-tiba mengalirkan air mata namun tanpa suara susulan teramat merindui baby Affan.
Justeru itu, Murni berharap agar satu hari nanti puterinya betul-betul faham mengapa adiknya memang tidak boleh kembali semula dalam pangkuan mereka sekeluarga.
Ruang komen nyata dibanjiri re4ksi pilu dan sebak netizen susulan mengenangkan perasaan rindu si kakak terhadap adik kesayangannya. Selain mendoakan agar sentiasa tabah, mereka turut berharap agar keluarga tersebut diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata seterusnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: TikTok afraeryna18 via dnq
Leave a Reply