Shalma Eliana mohon maaf kepada Bunga Isme, kes4l ditudvh ada hubungan dengan Ismail Izzani – “Dia baik, bukan punca kami berpis4h”

PENYANYI Shalma Eliana tampil menafikan penyanyi rap Bunga Isme menjadi orang ketiga dan punca perpis4hannya dengan penyanyi Ismail Izzani sebulan lalu.

Shalma Eliana Bruhanutheen atau kini mahu dikenali sebagai Yana, 21, berkata, dia terkejut dengan dakwaan itu dan sudah memohon maaf kepada penyanyi berkenaan secara peribadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YANA (@shalmaeliana)

“Bunga tiada kena mengena dengan punca perpisah4n saya dan Mael. Malah, saya ada menghantar mesej peribadi kepadanya untuk memohon maaf.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana dakwa4n tidak berasas itu boleh timbul. Bunga seorang individu yang baik”, katanya kepada mStar.

Yana akui ada beberapa jejaka yang mendekatinya selepas dia putus cinta.

Yana akui ada beberapa jejaka yang mendekatinya selepas dia putus cinta.

Yana berkata demikian ketika ditemui mStar pada majlis pelancaran lagu terbaharunya yang berjudul Your Loss di The Bee, Publika, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Pada awal November lalu, Ismail mendedahk4n bahawa hubungan cinta dengan Shalma Eliana sudah berakhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini @ Bunga (@bungaisme)

Lagu ini ditulis berdasarkan apa yang saya lalui ketika itu dan bukan untuk meng4ibkan sesiapa

SHALMA ELIANA

PENYANYI

Sementara itu, Yana turut memberitahu sebulan berstatus single dia didekati dengan beberapa lelaki.

Bagaimanapun, kata penyanyi lagu Mahukah Kamu ini, dia mahu memberi perhatian kepada karier dan dirinya terlebih dahulu sebelum memikirkan soal cinta.

“Tipulah kalau cakap tak ada, tapi memang ada yang cuba nak berinteraksi dengan saya untuk berkawan. Saya okay je cuma saya selalu beritahu mereka yang saya hanya mahu berkawan sahaja buat masa ini.

“Tapi kali ini saya seronok dapat berkenalan dengan ramai orang dan masing-masing mempunyai kisah mereka tersendiri. Saya lebih bahagia dengan kehidupan sekarang ini dan mahu fokus pada diri sendiri serta kerjaya,” katanya.

Your Loss merupakan hasil karya Yana sendiri.

Sementara bercakap tentang lagu Your Loss, Yana berkata, ia hasil karyanya sendiri yang ditulis hanya dalam tempoh 10 minit pada 2 Oktober lalu.

Jelasnya lagi, dia tidak kisah sekiranya ada yang mengaitkan lagu tersebut dengan kisah percintaannya dengan Ismail yang hanya bertahan selama tiga tahun.

“Lagu ini ditulis berdasarkan apa yang saya lalui ketika itu dan bukan untuk meng4ibkan sesiapa. Ia lebih kepada untuk berkongsi kisah saya sendiri melalui lagu, sebab saya memang suka menulis sejak sekolah menengah lagi.

“Sebab itu jugalah saya rasa ramai boleh relate kerana mereka juga pernah lalui situasi yang sama. Sampai ada yang DM beritahu mereka menangis apabila mendengar lagu itu,” ujarnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : MSTAR 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*