Wanita Pertama Iqbal Berjumpa Harini. Mohon Doa Netizen Yang Baik-baik Sahaja.

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa menjadi individu pertama yang ditemui usahawan kontr0versi yang kini bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal selepas mengambil keputusan untuk lari seketika ke negara republik tersebut.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli dalam Instagram miliknya, jejaka berusia 27 tahun itu berkongsi sekeping fotonya bersama diva kesayangan Indonesia terbabit.

“Hari ini. Orang pertama yang sama temui di Indonesia, Rossa. Moga ada kebaikan. Mohon doa dan kata-kata yang baik sahaja ya. Ada mahu ucapkan disini?” tulis Iqbal.

Difahamkan, Iqbal bertemu dengan Rossa ketika majlis pratonton filem berjudul Love Knots berdasarkan baju yang dipakai penyanyi itu ketika bergambar dengan Iqbal, sama seperti persalinan yang dikenakan sewaktu majlis tersebut sebagaimana dikongsikan dalam InstaStory miliknya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Instagram turut berkongsi keterujaan apabila Iqbal dapat bertemu dan bergambar bersama pelantun lagu Pudar itu.

Malah, ada juga komen-komen nkal yang ditinggalkan pengikutnya apabila mendakwa Iqbal telah bertemu dengan bakal jodohnya iaitu Rossa.

“Wah! Semoga berjodoh,” kata salah seorang pengikutnya.

“Semoga Iqbal berjodoh dengan orang di sana (Rossa),” komen seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, Iqbal akhirnya ‘men1ngg4lkan’ Malaysia apabila telah berangkat ke Jakarta, Indonesia, kelmarin.

Iqbal berkata, dia membawa diri dan akan tinggal di negara seberang atas alasan mencari ketenangan selain urusan kerja.

Bukan itu sahaja, Iqbal juga merancang mencari sebuah kediaman untuk dibeli di Jakarta sebagai rumah persinggahan dengan harga tldak melebihi AS$1 juta (RM4.24 juta). – K! ONLINE

Sumber : Kosmo/transformasi.pw

Sumber : theupdatenews24.com

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  https://printlyrics.net/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*