[VIDEO] Tauke Jambu Kahwin Lagi? Kongsi Mesej ‘Sesuatu’ Dalam Hantaran IGS

Nama pelawak, Tauke Jambu sekali lagi hang4t diperkatakan selepas tularnya video yang memperlihatkan dirinya memakai baju melayu berwarna putih lengkap bersamping bersama seorang wanita yang turut mengenakan busana berwarna sama dengannya. Susulan itu, tercetusnya spekulasi mengandaikan bahawa pemilik nama sebenar Zamatul Amri Zakaria ini telah berkahwin lagi.

Pemilik Video Minta Doakan Yang Terbaik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Seperti menguatkan lagi dakw4an tersebut, pemilik video berkenaan mengesahkan bahawa lelaki di dalam video itu sememangnya adalah Tauke dan turut meminta orang ramai untuk  mendoakan yang terbaik.

“Yang tanya itu Tauke Jambu ke..yup memang Tauke Jambu kita doa baik-baik je guys” tulis pemilik video tersebut

Peminat Banjiri Ruangan Komen 

Menjengah ke Instagram Tauke, pelawak itu telah memuat naik hantaran terbaharu tanpa sebarang kapsyen padanya. Namun dalam foto tersebut, Tauke masih dilihat mengenakan baju melayu berwarna Putih, sama seperti di video yang tular di media sosial . Di ruangan Insta-story nya sebentar tadi, Tauke berkata segala apa yang dilakukan adalah kerana Allah SWT dan tidak menerangkan secara terperinci mengenai status tersebut.

Untuk rekod, Tauke telah berkahwin dengan Nadia Mohd Effendi pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Ia adalah perkahwinan keempat Tauke, selepas lima tahun menduda. Menerusi perkahwinan terdahulu, Tauke mempunyai enam orang cahaya mata.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: murai.my

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*