Umum tahu pelakon cantik Puteri Aishah sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, pada pagi Ahad (21 November).
Majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam di JW Marriot, Kuala Lumpur telah mencuri perhatian wargamaya. Menggunakan khidmat perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor, dewan hotel terkemuka itu dihiasi dengan tema ‘The Golden Hour’.
View this post on Instagram
Terkesima melihat dekorasi yang menakjubkan, rata-rata pengguna media sosial mengiktiraf majlis perkahwinan Puteri sebagai Wedding Of The Year 2021.
Selain dekorasi menjadi spotlight, ketampanan wajah suami Puteri turut menjadi bualan ramai. Ada yang berpendapat muka Firdaus seiras dengan Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen.
Walaupun pelakon filem Pulang tidak mendedahkan nilai keseluruhan majlis tersebut, rata-rata netizen sepakat percaya seandainya kos itu mencecah 7 juta.
@Muhdhasraf: Ini baru betul level 7 juta.
@Lav: Jika ini 7 juta punya majlis perkahwinan aku salute! Memang nampak gah. Cantik dan anggun.
@lieyaharis: Yang ni baru betul 7 juta.
@TengkuPuteriZainor: Baru betul kalau ini 7 juta. Inilah rupanya.
@SitiAien: Yang ini aku percaya kalau dia kata 7 juta.
@yasmien: Macam ini la majlis perkahwinan 7 juta.
Pasangan sama cantik sama padan ini juga mendapat pujian kerana tidak mendedahkan kisah percintaan mereka kepada umum.
View this post on Instagram
Terdahulu, majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Sumber: Instagram @puteriaishahofficial, TikTok @afieragoes
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : muraimy
Leave a Reply