“Badan Naik Sebab PKP Katanya..” -Nampak Baby Bump, Jihan Muse Dikatakan H4mil Anak Kedua?

Nama Jihan Muse menjadi bualan ramai apabila netizen mendakwa pengacara tersebut sedang h4mil anak kedua. Spekvlasi tersebut timbul susulan penampilannya di sebuah program hiburan tempatan semalam. Ujar netizen, Jihan kelihatan berisi berbanding sebelum ini dan ‘baby bumpnya’ seolah kelihatan ketika tampil di program tersebut.

Saya nak, doakanlah saya hamil. Tapi nampak macam look a like kan? Nak buat macam mana. Badan naik musim PKP ni. Salahkan PKP pula. Tak ada. Kita nak tapi mungkin belum ada rezeki lagi.

Menurut Jihan, dia dan suami merancang untuk memiliki seorang lagi cahaya mata. Namun, mereka masih belum ada rezeki lagi. Oleh itu, Jihan berharap netizen dapat mendoakannya supaya dapat menimang seorang lagi anak.

Tak betullah. Tapi kita nak doa itu sebab kita memang nak. Kita aminkan sahaja, tapi belum hami lagi.

Jihan turut memberitahu bahawa dia akan berkongsi kepada semua sekiranya dikurniakan rezeki zuriat selepas ini. Disoal mengenai pendirian bakal ibu yang memilih untuk tidak memberitahu berita keh4milan kepada orang ramai, Jihan akui apa yang dilakukan oleh bakal ibu itu ada betulnya.

Macam saya dulu ketika hamil anak pertama, pada empat bulan awal saya tak umum sebab kita masih tak tahu lagi pada waktu itu. Masih di peringkat awal lagi. Kalau ada rezeki memang saya menantikan. Memandangkan usia anak saya dah nak masuk empat tahun. Saya pun nak cecah 40 tahun. Ikutkan dah sesuai sangat dah. Tunggu, belum rezeki lagi. Doakanlah.

Kalau meng4ndung bagi saya benda yang baik. Kita pun harapkan doa orang ramai. Mungkin ramai yang ‘tweet’ tu lebih daripada 40 orang. Saya aminkan saja. Kita dah kahwin, aminkanlah. Kalau tak kahwin itu seram.

Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari 2018.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mediahiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*