“Mungkin Inilah Sebabnya..”-Haqiem Rusli Cembvru Anis Kena ‘Usha’ Dengan Kawan-Kawan

Jumaat malam lalu, majlis resepsi Haqiem Rusli dan pasangannya Anis Sofea yang dianggarkan kos keseluruhan hampir mencecah RM7 juta berlangsung dengan meriah.

Berkonsepkan tema Raikan Cinta di Langit Asmara, kedua-dua mempelai sepadan mengenakan persalinan putih diraikan dalam suasana perkahwinan dalam taman yang cukup mewah.

Haqiem memberikan mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000, bersama lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan.

Cemburu Kena Usha Dengan Member Lelaki, Haqiem Rusli Cepat-Cepat ‘Cop’ Anis
Cemburu Kena Usha Dengan Member Lelaki, Haqiem Rusli Cepat-Cepat ‘Cop’ Anis

Rekaan busana dipertanggungjawabkan kepada pereka fesyen ternama, Rizman Ruzaini dan Razman Razmi.

Penyanyi itu turut menyerahkan berlian terbaik dunia, cincin berlian Hearts of Fire kepada pilihan hatinya itu.

Mengulas tentang detik awal perkenalan mereka, Anis Sofea dedahkan sewaktu sambutan hari jadinya beberapa tahun lalu. Meskipun baru mula mengenali hati budi masing-masing, namun dia terkejut apabila Haqiem Rusli buat surprise sweet dan bermakna apabila menghadiahkannya seutas rantai.

Sementara itu, pelantun lagu ‘Lembah Kesepian’ berkenaan pula buka cerita menyedari perasaan cinta terhadap Anis Sofea apabila tiba-tiba timbul rasa cemburu sewaktu kena ‘usha’ oleh beberapa rakan lelakinya.

Malam itu juga, Haqiem Rusli seolah-olah ‘cop’ gadis tersebut dengan bagi nota yang tertulis, “Saya suka awak tapi mungkin terlalu awal, kan?”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Anis Sofea sangat beruntung kerana terus menjadi crush kepada penyanyi lelaki tersebut. Dalam pada itu, mereka turut memuji langkah diambil Haqiem untuk terus menghalalkan gadis idamannya daripada jadi tatapan lelaki lain.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://www.mediaviral.bbn.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*