
Menjengah usia 35 tahun, penyanyi Heliza Helmi menjelaskan tidak timbul rasa tertekan untuk mendirikan rumah tangga biarpun semakin meningkat usia.
Heliza berkata, keutamaan diletakkan kepada keluarga dan misi kem4nusiaannya.
“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir mengenai soal rumah tangga dan sebagainya, mungkin kerana jadual harian padat dengan pelbagai aktiviti kem4nusiaan. Jadi, tidak terfikir langsung mengenainya. Ti1pulah jika tiada yang bertanya, cuma saya bersyukur kerana ibu bapa juga tidak memberikan tekanan mengenai soal kahwin. Apabila tiba masanya kelak, pasti akan berlaku jua.
“Tidak timbul soal dikongkong atau minat untuk berbakti ini disekat, saya berharap orang yang tepat itu nanti pasti akan memberikan sokongan moral. Bukan dari aspek untuk turut serta, namun sokongan dan kata-kata semangat. Adakah individu itu nanti berkongsi minat yang sama atau jatuh cinta ketika sedang melakukan misi kem4nusiaan itu nanti? Saya tidak ada jawapannya kerana ketika misi itu fokus hanyalah membantu mereka yang memerlukan,” katanya kepada Harian Metro.
View this post on Instagram
Heliza yang ditemui pada majlis pelancaran Kempen Tabung Kem4nusiaan Afgh4-n1stan turut meluahkan rasa teruja menjadi sebahagian daripada ikon kempen berkenaan.
View this post on Instagram
Misi Kem4nusiaan itu mensasarkan kutipan RM2 juta untuk memberikan fokus kepada bantuan kecem4san bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba.
“Kutipan kali ini adalah bagi membantu m4ngsa pep3r4ngan mendapat bekalan makanan untuk menghadapi musim sejuk yang akan tiba.
“Insya-Allah sekiranya semuanya dipermudahkan, saya dan adik juga berhasrat untuk turut serta,” katanya.
VIDEO:
View this post on Instagram
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber:Cari
Leave a Reply