[VIDEO] Pengantin Pergi Pasar Malam, Suasana Terus Jadi Ala Kenduri Kahwin – “Siap Ada DJ!!”

KEBIASAANNYA pasangan pengantin akan berjalan di bawah khemah bertemu dengan para tetamu ketika kenduri kahwin.

Namun lain pula bagi sepasang mempelai ini apabila mereka menjadi tumpuan ramai ketika berjalan-jalan di pasar malam.

Lebih menarik, di situ juga kedengaran lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ dan ‘Kompang Dipalu’ yang sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan.

The real kenduri kahwin,” komen seorang netizen menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok yang meraih lebih 700,000 tontonan dalam sehari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi pengalaman, pengantin lelaki, Mohamad Amir Firdaus Jemain memberitahu, video tersebut dirakamkan pada hari pernikahannya pada Sabtu (6 November 2021).

Pemuda berusia 22 tahun itu berkata, kunjungan ke pasar malam di Muadzam Shah, Pahang dibuat pada sebelah petang, selepas selesai menjalani sesi penggambaran foto perkahwinan.

“Kami sebenarnya baru photoshoot untuk gambar kahwin dekat lokasi kira-kira 1 kilometer dari pasar malam. Cuaca panas dan tak berangin, memang berpeluh masa bergambar.

“Rasa haus dan nak minum air sejuk. Dalam perjalanan ke kedai, jurugambar nampak pasar malam ajak saya dan isteri bersama bridesmaids untuk singgah,” katanya kepada mStar.

pengantin pasar malam 6

Amir dan pasangan bernikah pada 6 November 2021.

Lebih mesra disapa Amir, dia mengakui pada mulanya berasa segan untuk berkunjung ke pasar malam kerana masih memakai baju pengantin.

“Tapi isteri pun ajak masuk. Mula-mula masuk, beberapa orang awam dan peniaga ucap tahniah. Singgah ke gerai minuman, terus kami beli air nak hilangkan dahaga.

“Kami kemudian berjalan tengok gerai-gerai. Sejurus selepas kami melepasi sebuah gerai jual air, peniaga tu pasang lagu pengantin dari gerai dia,” ujarnya yang berasal dari Muadzam Shah.

pengantin pasar malam 3

Aksi pengantin perempuan (kanan) bersama sekumpulan pengiring.

Namun bagi pekerja kilang sawit itu, sebenarnya tidak apa yang perlu dimalukan kerana dia sendiri sering berkunjung ke pasar malam sewaktu zaman bujangnya.

“Kenapa malu nak masuk, pasar malam memang ramai orang datang. Saya pun biasa datang ke pasar malam, kali terakhir kira-kira sebulan lalu.

Tak kisah berpeluh pakai baju pengantin bila ada yang gembira dengan kedatangan kami. Betul-betul rasa macam Raja Sehari!

MOHAMAD AMIR FIRDAUS JEMAIN

“Malah, saya dan isteri pernah pergi pasar malam bersama selepas kami bertunang pada Jun lalu,” katanya yang mengenali isteri pada April sebelum mengikat tali pertunangan.

Selain menerima ucapan tahniah dan senyuman daripada para pengunjung dan peniaga di pasar malam, Amir tidak menyangka turut dihargai dengan pemberian buah secara percuma.

pengantin pasar malam 5

Amir (kiri) dan isteri (kanan) bersama ibu bapanya di pelamin.

“Tak sangka dapat buah free. Saya lalu di hadapan gerai peniaga ni, dia panggil saya dan isteri ke gerai untuk ucap selamat pengantin baru.

“Terharu dengan peniaga tu sebab kami tak beli pun buah, tapi dia bagi buah percuma. Begitu juga dengan gerai yang pasang lagu kahwin, kami tak beli pun air di gerai dia sebab dah beli air di gerai lain sebelum itu, tapi mereka baik hati nak meraikan kami… terima kasih semua,” tambahnya.

pengantin pasar malam 8

Foto kiri Amir (kanan) dan isteri di pasar malam, foto kanan Amir (kiri) dan rakan yang juga jurugambar perkahwinannya.

Menurut Amir, makanan kegemarannya untuk dibeli di pasar malam adalah hati ayam, manakala isteri, Norshahira Md Isa, 21, memilih makanan Jepun, takoyaki.

“Dari masa saya bujang sampai dah bertunang pun pergi pasar malam. Hari nikah pun tetap singgah pasar malam sampai ‘diraikan’ dengan SOP (prosedur operasi standard).

“Masa tu terus tak kisah berpeluh pakai baju pengantin bila ada yang gembira dengan kedatangan kami. Betul-betul rasa macam Raja Sehari!” katanya yang merancang untuk berbulan madu bersama isteri di lokasi pelancongan popular di Cameron Highlands, Pahang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*