“Dia baru kerja sebulan” – Lelaki Pujuk Member Menangis, ‘Br0ken’ Ditinggal Awek

Dalam menjal1n hubungan cinta, si dia pasti memerlukan kasih sayang dan perhatian secukupnya. Malah alasan seperti ‘sibuk’ sudah tentu tidak boleh diterima oleh pasangan!

Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi TikTok @muhammadhziq_ memuat naik satu video berkongsi mengenai rakan lelakinya yang bersedih selepas ditinggalkan oleh kekasih hati.

Menurut @muhammadhziq_ atau mesra dipanggil Jik, difahamkan bekas teman wanitanya itu meminta untuk memutvskan perhubungan atas alasan lelaki tersebut sudah tiada masa bagi memberikan perhatian.

Menerusi video berdurasi 25 saat itu, dia cuba memujuk dan memberikan kata-kata motivasi kepada rakannya itu yang menangis selepas menunaikan solat akibat terlalu kecew4.

“Baru kerja tak sampai sebulan, kena tinggal dengan partner sebab takde masa & attention. Lepas solat terus menangis. Stay strong bro!,” tulisnya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, @muhammadhziq_ yakin dengan perancangan Allah SWT bahawa rakannya itu akan menemui jodoh terbaik apabila tiba waktu yang sesuai.

“Insyaallah ada lagi yang lebih baik, cumba belum sampai waktu je lagi. Tiada istilah lelaki semua sama, perempuan semua sama,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video berkenaan meraih 417,700 tontonan dan lebih 1,500 komen netizen yang turut bersedih serta tumpang s1mpati dengan nasib mal4ng men1mpa rakannya itu.

Segelintir netizen berkata, setiap individu bercinta sepatutnya perlu memahami situasi pasangan yang sibuk mencari rezeki bagi mengumpul duit sekali gus dapat menghalalkan perhubungan.

Hargai la lelaki macam ni

Nangis bukan sebab lemah, tapi dah ikhlas sayang

Sibuk cari duit nak halalkan kita juga

Anggap la takde jodoh

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*