“Terima kasih jadi ibu mentua terbaik buat saya..” – Fasha Sandha

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon berusia 37 tahun itu berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran ibu mentuanya di sebuah restoran di ibu kota, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Ibu mentua saya yang terbaik di dunia. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata2 yang manis, dan selalu mendoakan yang baik2 untuk anak2 dan menantu.
“Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya tu dapat nak digambarkan dengan kata2,” tulisnya.

Pelakon drama Scammer itu juga mendoakan kesejahteraan ibu mentuanya selain murah rezeki serta kekal bahagia dalam menjalani kehidupan.

“Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki , bahagia, dan diberikan kesihatan yang baik. I love you ibu, we love you.
“I love you ibu, ibu tak main FB atau Instagram, sebab ibu tak minat media sosial. Tak dapat nak tag ibu,” kongsi Fasha.

Meninjau ke ruangan komen, peminat dan pengikutnya turut menitipkan ucapan hari lahir serta sempat memuji kelembutan dan keserian wajah ibu mentua Fasha.

Selamat hari lahir makcik!

R1ak mukanya jelas nampak ibu yang baik!

Alhamdulillah, syukur dapat mentua penyayang

Mentua baik pun satu rezeki…

Fasha berkahwin dengan akt0r Aidil Aziz pada Mac 2019 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia setahun.

Menerusi perkahwinan pertama, dia turut mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 8 dan Putri Raysha Jemyma, 7.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber :  http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*