Menteri Kesihatan Beritahu Ada Ujian Klinik4l Vaks1n Utk Kanak Kanak Bawah 12 Tahun. Ini Respond Mila Jirin Kepada KJ

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin tidak bersetuju dengan rancangan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menjalankan ujian klinikal v4ksin c0v1d-19 S1novac untuk kanak-kanak tiga hingga 11 tahun.

Malah Mila tidak akan membenarkan satu-satunya anaknya, Mohd Ariff Zikri, 4, untuk menyertai ujian tersebut.

“Maaf KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kami ibu atau bapa tak akan biarkan anak-anak kami sertai ujian itu. Harap maklum,” tegasnya.

Mila berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.

Semalam, Khairy berkata mengenai rancangannya itu dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sama ada KKM sudah meneliti kesesuaian serta keberkesanan vaks1n c0v1d-19 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Pun begitu, Mila dalam masa yang sama menafikan dirinya adalah seorang ant1 v4ks1n, namun kali ini dia tetap dengan pendiriannya.

“I am not ant1-vacc1ne or pro-vacc1ne. I am vaccinated. To achieve Herd immunity…But for a child ” I SAID NO ‼”” tegasnya lagi.

Kemas kini Mila itu mendapat pelbagai reaksi pengikut laman sosialnya yang rata-rata bersetuju dengan pendiriannya.

“Dah lah saya nak dapatkan anak punya susah … nak suruh jadi bahan kajian? Memang tak lah.!,” komen salah seorang pengikutnya.

“Sudah-sudah tu jadi bahan uji. Ingat ny4wa ni apa? Mak ayah dah berk0rban, cukuplah,” tegas salah seorang warga maya.

MALAYSIA terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 v4ksin c0v1d-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kajian yang membabitkan 10 lokasi itu merangkumi lapan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bakal dimulakan hujung bulan ini.

Beliau memberitahu, kajian itu akan diselaraskan oleh Kajian Klinik4l Malaysia (CRM) dengan penglibatan Institut Penyelidikan Klinik4l.

“Beberapa sesi perbincangan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan dengan syarikat-syarikat pengeluar v4ksin c0v1d-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan keberkesanan serta keselamatan penggunaan v4ksin bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

“Walaupun masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat-syarikat pengeluar v4ksin c0v1d-19 setakat ini, Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaks1n (JKPCV).

KKM sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaks1n ke atas populasi tersebut berdasarkan bukti- bukti saintifik melalui kajian klinik4l atau Real World Data,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaks1n c0v1d-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Sumber : GEMPAK / Edisi9

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*