“Dia tak pernah mesej begitu… kalau bergurau pun kas4r” Awie ded4h mesej terakhir daripada Mamat Khalid

PERNAH beberapa kali bekerjasama dalam filem, penyanyi Datuk Awie menyifatkan Allahyarh4m Mamat Khalid satu-satunya bintang yang menyerlah dalam industri perfileman negara.

Berkongsi momen terakhir dengan Mamat, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 52, berkata, dia menerima mesej terakhir arw4h beberapa minggu lalu yang dianggap sedikit berbeza daripada kebiasaannya.

“Beberapa minggu lalu arw4h ada mesej berbunyi ‘Love you bro, cepat-cepat sembuh’. Dia tidak pernah mesej begitu dengan saya sebelum ini. Kalau bergurau pun kasar. Kemudian dia turut bertanya khabar.

“Kali terakhir kami berjumpa pada tayangan Kampung Pisang muzikal. Arw4h disifatkan sebagai pengarah, sahabat dan abang yang baik kepada semua krew,” katanya.

Awie berkata demikian kepada Sinar Harian yang turut menziarahi jenaz4h Mamat di rumah Allahyarh4m di Taman Ipoh Jaya Timur 1, Perak.

Gambar kenangan Awie bersama arw4h Mamat Khalid.

Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sempat meluangkan masa membacakan tahlil serta mengucapkan takziah kepada anggota keluarga arw4h.

Tambah Awie, Allahyarham disifatkan sebagai seorang periang dan sentiasa tenang walaupun raut wajahnya kelihatan garang.

“Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi. Pada masa sama dia juga mengajar hingga semua pelakon dapat membawa watak mereka dengan baik.

Dia penghibur di kala ada orang yang bermasalah di lokasi

“Dia yang membawa saya hingga kekal dengan watak Husin. Sehingga ke akhir hayat arw4h masih memanggil saya dengan nama watak itu,” katanya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid telah menghembusk4n nafas terakhir di Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Ahad.

Allahyarh4m meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Jenaz4h Allahyarh4m akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam Masjid Kampung Paloh.

Isteri Allahyarh4m Mamat Khalid, Hasmah Hassan (dua kanan) menyiram air bunga mawar di pusara arwah suaminya di Tanah Perkubur4n Islam Masjid Paloh. – NSTP/Sharul Hafiz Zam

Jenazh Mamat Khalid selamat dikebumik4n

Jenazah pengarah dan penerbit filem, Mamat Khalid yang meningg4l dunia jam 12.30 tengah malam tadi selamat dikebumik4n di Tanah Perkubur4n Islam Masjid Kampung Paloh di sini, kira-kira jam 2.20 petang ini.

Terdahulu, jenaz4h disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, Sungai Rokam di sini sebelum dibawa ke kawasan perkubur4n jam 1.50 tengah hari.

Kira-kira 300 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarh4m di tanah perkubur4n berkenaan.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir di tanah perkubur4n ialah rakan-rakan artis antaranya, M Nasir bersama isteri, Awie, Zul Ariffin, Pekin Ibrahim, Bell Ngasri, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Avaa Vanja, Mat London, penerbit dan pengarah, Raja Azmi Raja Sulaiman.

Yang turut hadir menziarah, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios (PWS), Datuk Khairul Anwar Salleh dan Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.

Awal pagi tadi, media melaporkan Pengarah terkenal Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid meningg4l dunia akibat serang4n jantung di Hospital Slim River, Perak.

Allahyarham pengsan di restorannya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meningg4l dunia.

Mamat Khalid meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan dan lima anak.

Mamat mendirikan rumah tangga dengan dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Mohd Khalid Zaffa, Nor Sara, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Amen dan Nur Hassanan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*