Dua tahun menduda, Fizo Omar nikah wanita Sarawak. Berikut gambar sekitar majlis akad nikah

Pelakon, Fizo Omar, 36, melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang, pagi semalam.

Pengurus Fizo, Mimi ketika dihubungi mengesahkan berita pernikahan itu yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi.

“Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat saja. Mereka hanya ingin meneruskan apa yang wajib memandangkan Fizo juga sudah lebih dua tahun menduda,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mimi, Fizo dan Fazeera sudah lama berkenalan dan membuat keputusan untuk berkahwin tahun ini.

Fazeera turut memuat naik dua gambar dia mengenakan baju pengantin berwarna putih selain menggunakan gambar Fizo lengkap berbaju Melayu putih bersama anak perempuannya, Wan Maryam sebagai gambar profil akaun Instagram itu.

Foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki (tanpa menunjukkan wajah) sedang menyarung cincin ke jarinya dengan keterangan gambar, ‘Alhamdulillah’.

Fazeera yang dikatakan berasal dari Sarawak bagaimanapun menutup ruangan komen pada akaun miliknya itu.

Dalam pada itu, Mimi memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

“Benar. Akaun Tik Tok yang tular adalah milik Fazeera, tetapi dia memilih untuk menyah aktifkan akaun berkenaan atas sebab peribadi. Mungkin juga terkejut dengan perhatian daripada banyak pihak,” katanya.

Selamat pengantin baru!

Sebuah akaun Instagram dipercayai milik individu bernama @fazeeranazriaz mencetuskan teka-teki ramai dipercayai mungkin dia isteri baharu kepada pelakon Fizo Omar.

Biar hanya berkongsi dua keping gambar, akaun yang juga tidak memiliki jumlah pengikut yang ramai itu juga meletakkan foto Fizo berbaju Melayu putih di profil utamanya.

“Hadiah paling istimewa buat Maryam….” – Fizo Omar

Semalam memuat naik gambar anaknya, Maryam dengan kapsyen yang mengundang rasa sebak peminat-peminatnya.

“Hadiah paling istimewa buat kamu untuk sepanjang hidup kamu. Kami akan sentiasa menyayangimu Maryam,” tulis Fizo.

Fizo pada Khamis telah mencetuskan tanda tanya ramai apabila memuat naik foto dirinya memakai baju Melayu putih lengkap bersongkok.

Tulisnya; “Okey Abe Joe left group recond dulu okey. Apa-apa roger ok.”

Meninjau ruangan komen Instagram Fizo, ada beberapa pengguna yang mendedahkan identiti wanita terbabit difahamkan berasal dari Sarawak dan bekas pramugari syarikat penerbangan terkenal antarabangsa.

Untuk rekod, Fizo pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada Julai 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Sehingga artikel ini ditulis, Fizo masih mengunci mulut dan tidak memberikan respon kepada media.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Mawar Karim pada 2013 namun bercerai dua tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Fizo Omar & Fizo Faz , Facebook

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*