[Video] Netizen Terkejut Fauzi Nawawi Tergamak Cerita Babak P4nas Ma4lukan Raja Farah – “maaf… Salah Saya Bersembang Tak Control, Terlepas Cakap”

GARA-GARA perkongsian pengalaman melakonkan watak seorang per0g0l bersama aktres Raja Farah dalam sebuah filem pelakon Fauzi Nawawi menerima kritik4n netizen.

Lebih menambah kemar4han ramai apabila Fauzi dilihat begitu bersungguh-sungguh menerangkan dengan terperinci situasi di set penggambaran menerusi satu program bual bicara yang ditayangkan secara terbuka di televisyen.

Tidak mahu perkara itu berpanjangan, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 48, membuat permohonan maaf terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Menurut Fauzi dia terlepas cakap ketika sesi berkongsi pengalaman itu, namun tidak berniat membuka a1b mana-mana pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

“Saya mohon maaf kepada semua yang terkesan dengan video yang tersebar di laman sosial itu khususnya Raja Farah dan suami serta keluarga.

“Maaf kerana lambat respons sebab saya baru balik shooting. Saya terima c4c1 m4k1 netizen dengan lapang dada dan tenang.

“Saya benar-benar tiada niat untuk memalukan Raja Farah, saya tak mahu perkara ini dipanjangkan lagi,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai program berkenaan, Fauzi berkata ia dirakam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Saya sangat terkesan seperti dibuka a1b dan rasa tidak dihorm4ti.

RAJA FARAH

PELAKON

Dia mengakui ada bercakap tentang pengalaman mengenai watak yang sinonim dengan wajahnya dan mengakui terlepas cakap tentang perkara mem4lukan itu kepada umum.

Tambahnya, menyedari perkongsian dibuat terlalu sensitif, suami kepada pelakon Lisdawati ini memberitahu sudah meminta pihak produksi membuat tapisan sebelum ditayangkan.

“Memang salah saya bersembang tak control cakap, terlepas cakap… Mereka (pengacara) tanya watak-watak yang sinonim dengan saya. Habis rakaman saya sedar ada yang tidak patut diberitahu.

“Tapi program itu sudah tayang dua kali. Salah saya, saya j4hil dan sedang perbaiki diri saya jadi lebih baik,” ujarnya.

fauzi2Video Fauzi Nawawi dalam sebuah program tular di laman Twitter.

Terdahulu pada malam Selasa, kecoh tentang kenyataan Fauzi Nawawi yang berkongsi mengenai wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan dia mer0g0l aktress Raja Farah.

Menerusi perbualan bersama hos iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa mengawal n4fsu ketika melihat Raja Farah.

Rata-rata netizen mar4h dan menganggap perkara itu sebagai membuka a1b serta tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Sementara itu, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 33, meluahkan rasa kec3wa dan terkesan dengan perkongsian yang dibuat Fauzi.

Pelakon filem Aku Masih Dara ini menganggap perkara itu tidak menghorm4ti dirinya sebagai seorang wanita.

“Saya sangat terkesan seperti dibuka a1b dan rasa tidak dihorm4ti. Sebagai seorang isteri yang ada suami saya minta pendapat dia. Ini sebab utama saya buat video ini.

“Saya harap tiada balas membalas, jangan burukkan keadaan. Saya minta pihak yang berkata-kata itu ucapan maaf kalau tidak secara terbuka pun tidak apa.

“Kita faham normal orang buat kesalahan, saya harap benda ini boleh selesai di sini,” ujarnya.

Komen Netizen:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*