“Doakan yer..” -Ebit Lew Bawa Bidadari Dan Anak-Anak Bercuti, Tapi Kali Ni Ke Luar Negara

Meskipun menjadi bualan hangat warganet sejak beberapa bulan  lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Swiss.

Menerusi posting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri dalam penerbangan kelas pertama

Bawa bidadari dan anak-anak ke swiss

“Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insyaAllah. Semoga setiap langkah ini mendapat Redha dan kasih sayangNya”

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa teruja serta mendoakan agar urusan pendakwah bebas itu dipermudahkan.

“Tahniah ustaz. Smoga berbahagia bersama bidadari ustaz hingga ke jannahNya. Aamiin”

“Selamat bercuti,semoga ustaz n family sentiasa dlm jagaan Allah s.w.t..aamiin.”

“Alhamdulillah..semuga ustaz sekeluarga sentiasa bwh peliharaan Allah.Aamin.”

“Semoga sentiasa dlm perlindungan Allah SWT dimana pun ustaz dan keluarga berada Aamiin”

Nama terpalit kontr0versi, Ebit Lew tenang bercuti dengan ‘bidadari’ di Langkawi

Meskipun menjadi bualan hangat warganet sejak beberapa hari lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Langkawi, baru-baru ini.

Menerusi posting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri selepas Langkawi diumumkan sebagai destinasi gelembung pelancongan negara sebelum meneruskan perjalanan bagi misi bantuan.

“Selalu sibuk. Beberapa hari ni dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ye. Hidup hanya nak redha Allah,” tulisnya.
Selain itu, beliau juga memuat naik satu video di laman Instagram memaparkan dirinya dan isteri yang dipanggil sebagai ‘bidadari’ itu sedang menikmati aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan tersebut.

Menerusi kapsyen, Ebit menitipkan kata-kata indah yang bersyukur apabila dipertemukan dengan pasangan terbaik dalam hidupnya selain menasihati agar menghargai orang sekeliling kerana Allah SWT.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.
“Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal tuhan. Kenal Allah.

“Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah.

“Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan.
“Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang,” tulisnya.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyeb4ran video g4ngguan seksu4l dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitn4h kej4m ke atas dirinya.

Khamis lalu, Ebit dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu sias4tan membabitkan kes sama

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*