“Itulah Punca Kekalahan..” -Najib Bagi Pesanan Kepada Semua Pemimpin Yang ‘Berlagak’, Tunjuk Harta

Mantan Perdana Menteri Keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan kepada ahli UMNO untuk tidak menunjukan kemewahan yang dimiliki.

Perkara itu telah disampaikan oleh beliau sempena perasmian Persidangan Cawangan UMNO Pekan hari ini.

“Malah kalau kita menunjuk-nunjuk lebih sangat… orang kata berlagak… itulah punca kekalahan kita… orang tak suka kepada pada pemimpin-pemimpin yang berlagak”.

Seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia, bahwa Najib tidak menunjukan kemewahannya malah menyimpan ‘kemewahan’ dalam beberapa peti besi ketika beliau tinggal di Seri Perdana, sebelum ini.

Beliau juga menyimpan jutaan wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah di sebuah kondominium mewah di ibu negara, yang terb0ngkar selepas serbvan polis dan kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Terdahulu, beberapa gambar telah tular menunjukan peti besi yang dikeluarkan menggunakan kren dari kompleks tersebut yang dipercayai dipindahkan dari kediaman rasmi Perdana Menteri di kompleks Seri Perdana selepas diarahkan Najib.

Pada Mei 2018 lalu pula, polis merampas kira-kira RM120 juta wang tunai, barang kemas dan beg tangan berjenama terkenal, seperti Hermes Birkin, dari sebuah kediaman di kondominium mewah di Pavilion Residences, yang dikatakan milik Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan UMNO.

Sebanyak 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama ditemui dalam sebuah unit kediaman di Pavilion Residences yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk melucut hak wang RM114 juta dipercayai milik 1MDB, yang disita di kondominium berkenaan

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://nhonline.co/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*