‘Setiap Hari Ada Saja Benda Dia Nk Buat Untuk..’ – Ibu Tiri Mula Ceritakn Setelah 2 Bulan Pemrgian Siti Sarah

lbu tiri Allahyrham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, kini menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan tudung milik penyanyi itu.

Menurut Siti Fatimah atau mesra disapa Makde, dia perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama Allahyrham sebelum ini.

” Walaupun arwh sudah tiada, tapi dia buat saya jadi kuat dan tak boleh duduk diam. Saya perlu jaga perniagaan yang arwh bangunkan selama ini.

” Saya tak boleh biarkan kakitangan kesayangannya terabai. Insya-Allah saya mampu dan boleh hadapi semua ini.

” Saya nak perniagaan itu terbang tinggi sebab itu impian arwh semasa dia hidup. Setiap hari ada saja benda dia nak buat untuk perbaiki kalau tak berpuas hati dengan kualiti produk.

” Buat semua doakan saya dapat mengalas tanggungjawab menjaga perniagaan ini dengan baik,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, kerinduan terhadap Siti Sarah tidak pernah luntur, sebaliknya sentiasa tersemat dalam hatinya.

” Cepat betul masa berjalan. Kalau kira-kira sudah dua bulan Sarah pergi tinggalkan kita semua. Rindu usah cakaplah. Rasanya setiap hari masuk pejabat mesti tenung gambar Sarah,” katanya.

Pada 9 Ogos lalu Siti Sarah menghembvskan nfas ter4khir di Unit Rawatan Rapi (lCU), Hspital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ak1bat COVlD-I9.

Jnzahnya dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Allahyrham meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua bulan.

Sementara itu, ketika awal pemrgian Siti Sarah, Siti Fatimah berkata, Allahyrham memberi bayangan akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, namun ia hanya disedari selepas pemergiannya.

” Pada hari dia dibawa ke hspital, arwh minta saya pindahkan semua wang dalam akaun peribadinya ke akaun bank saya,” kata Siti Fatimah.

Siti Fatimah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya berbuat demikian.

” Ketika menunggu ketibaan ambuIans datang ke rumah untuk membawanya ke hspital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.

” Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hspital untuk menerima rawatan.

” Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM3O,OOO yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.

” Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.

Menurut Siti Fatimah, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.

” Arwh juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.

” Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwh berehat selama-lamanya,” katanya.

Siti Fatimah turut terkejvt dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari selepas pemrgian Siti Sarah.

” Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.

” Paling laris ialah jubah yang dipakai arwh. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

” Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwh suka bersedekah,” katanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: https://www.metro.rimbabara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*