Terima Banyak Jambangan Bunga & Hadiah Sempena Birthday -“Terima Kasih Buat Semua Yang Sangat Murah Hati”

Umum mengetahui, pelakon cantik Nur Fazura baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada 27 September yang lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, Fazura memaklumkan suami tercinta, Fattah Amin membuat kejutan istimewa sempena hari jadinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Pisau Cvkur ini memanjatkan rasa syukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan dia hadiah.

Syukur Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih buat semua yang sangat murah hati dan penuh kasih sayang kirimkan hadiah sempena birthday Faz.

Ujar pemilik nama Nur Fazura binti Sharifuddin dia terharu dengan pemberian tersebut dan pada masa yang sama turut mendoakan supaya mereka terus dimurahkan rezeki.

Ia bukan harga mahupun saiz yang penting, tapi tanda ingatan ini cukup bermakna buat Faz. Dari sebesar dan semahal bungkusan hingga lah seulas coklat, saya ingin ucapkan terima kasih.

Semoga Allah SWT melimpah kurniakan rezeki yang bertambah lagi buat semua dan semoga dilipat gandakan lagi setiap kebaikan yang Faz terima dari setiap segi dan cara buat anda semua. I love you tremendously.  #thankyou #orangberbudi #kitaberbahasa #sayangsemua

Sumber: Miss Fazura

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*