
TIADA angin tiada ribvt… tiba-tiba timbul kembali g0sip kononnya usahawan kosmetik Datuk Seri Vida bakal mengakhiri zaman janda dengan bekas pembantu peribadi.
Menafikan khabar angin tersebut, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata sehingga kini dia masih belum terfikir untuk kembali memegang status isteri orang.
Menurut Vida, 50, dia masih travma dengan perkahwinan terdahulu dan perlu lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami.
“Memang ramai yang nak tengok saya berpasangan, mereka kata apabila berkahwin itu akan melengkapkan kehidupan saya.
“Tak kurang juga ada pengikut minta saya tumpu pada anak-anak sahaja. Sejujurnya pilihan ke arah hidup berpasangan itu memang ada.
“Tapi saya takut, rasa travma dengan perkahwinan dahulu. Itu membuatkan saya lebih berhati-hati… nak kata serik pun ya juga,” katanya kepada mStar.
Dalam rakaman video itu, Aliff mengusik Vida kononnya usahawan itu akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Vida dan Iqbal pernah menjadi perbualan hang4t netizen pada tahun 2017.
Vida utamakan anak-anak dan keluarga.
Namun kedua-duanya menafikan mengenai khabar angin tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar pekerja dan majikan.
Sementara itu, menerusi Instagram, Vida berkata dia mahu mencari bakal suami yang setaraf dan memiliki kewangan yang kukuh.
“Buat masa ini saya tak terfikir pun nak kahwin lagi. Anak-anak, keluarga dan perniagaan merupakan keutamaan saya.
“Kalau ada jodoh sekalipun saya nak cari yang level-level saya, maksudnya daripada segi umur, pengalaman, kaya of course (semestinya),” ujarnya.
VIDEO:
View this post on Instagram
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber : MSTAR ONLINE
Leave a Reply