Biarpun jasad isteri Allahyarh4m Siti Sarah Raissuddin sudah tiada, barang-barang miliknya dan kenangan manis hidup bersama selama 11 tahun akan mekar dalam ingatan pelawak, Shuib.
Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, salah satu daripada barangan itu ialah sehelai telekung kegemaran 4rwh isterinya yang tidak akan dibasuh selama-lamanya. Kata Shuib, telekung berwarna putih yang selalu dipakai pelantun lagu Kesetiaan itu kini menjadi peninggalan paling berharga untuk dikenang dan menemani hidupnya selain empat zuriat mereka.
“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi, memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahukbar. Insya-Allah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana,” kata Shuib usai majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan secara maya malam kelmarin.
Majlis tahlil dan doa selamat melibatkan kira-kira 600 orang itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. Bercerita lanjut mengenai kehidupan tanpa isteri di sisi, Shuib memberitahu, ia ibarat mimpi, namun sedikit demi sedikit dia sudah mula menelan realiti pahit tersebut.
“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada,” katanya. Sementara itu, juara Raja Lawak musim ketiga itu menyifatkan bayi keempatnya, Ayash Affan yang dilahirkan secara operasi pada Jumaat lalu sebagai hadiah paling berharga daripada 4rwh isterinya. Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggad4ikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami,” katanya.
Video :
View this post on Instagram
Dalam pada itu, hasrat Shuib untuk menatap wajah Ayash Affan semalam terpaksa dipendamkan atas nasihat pihak hospital bagi mengelakkan sebarang risiko j4ngkitan C0v!d.19.
Pengurus Siti Sarah, Nana Mohammad Rom berkata, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz menghubungi Shuib dan berbincang mengenai lawatan ke atas Ayash Affan yang dilahirkan pram4tang. “Shuib juga memahami situasi p4ndemik kerana dia juga amat mementingkan kesihatan bayi serta semua yang berada di wad dan sedia menanti sehingga keadaan bayinya betul-betul sihat,” katanya. Sumber : News Viral Today
Rupanya selama 3 bulan pkp ini benda yang Shuib selalu buat pada Sarah. Banyak kenangan manis yang ditinggalkan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad terus mengenang jalinan kasih sayang dan hubungan suami isteri yang dijalani selama 11 tahun bersama Siti Sarah Raissuddin. Salah satu hal yang membuat hatinya berbunga adalah mengenang bagaimana perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama tiga bulan tinggalkan kenangan termanis buat dirinya.
Menurut pelawak yang juga usahawan tersebut, hal yang paling dikenang mengenai sikap manja isterinya adalah bagaimana dia perlu menguruskan Sarah termasuk memandikannya setiap hari! “Allahuakhbar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari.
Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu. “Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama.
Sabun lain, scrub lain, Allahuakhbar,” kenang Shuib sambil tersenyum. Tambah Shuib dia bersyukur kerana Allah memberi dia kesempatan berkasih sayang dengan Sarah sehingga ke tahap itu sebelum mengambil bidadari syurganya pulang.
“Alhamdulillah, 11 tahun dia dipinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKPK tu 3 bulan kami bersama, lakukan aktiviti semua bersama sama, Allahuakhbar,” katanya lagi. Pengakuannya itu membuatkan rakan rakan artis dan semua yang berada dalam sesi bacaan Yassin melalui aplikasi Zoom malam tadi ikut tersenyum.
Salah seorang sahabat pelawak, Fad Bocey malah ikut bersel0roh menjadi tindakan Shuib yang memandikan Sarah setiap hari. “Nampaknya lepas ini aku kena mandikan isteri pula setiap hari,” seloroh Fad.
Aktor Shanaaz Ahmad yang turut berada dalam sesi bacaan Yassin yang disertai oleh lebih 600 tetamu itu turut berselor0h. “Nampaknya aku sajalah tak ada isteri nak mandikan,” katanya disambut tawa Shuib dan yang lain.
Selain berkongsi kenangan memandikan Sarah setiap hari selama tiga bulan, duda yang kini memikul tanggungjawab membesarkan anaknya, termasuk anak keempat yang baru dilahirkan beberapa hari lalu juga mengatakan dia menjadi tukang urut bibadari syurganya itu. “Kena urut dia sampai dua jam.
Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix,” katanya sambil tersenyum. Dalam sesi yang berlangsung lebih sejam itu, rakan rakan seperti Nabil Ahmad, Mark Adam, Zulhuzaimy malah pelmba Hafiz Shahrin turut menyampaikan takziah dan meniupkan kata semangat buat Shuib agar terus kuat demi anak anak dan orang yang memerlukannya.
Terdahulu, Sarah pulang ke Rahmatullah pada pagi Isnin selepas empat hari di unit rawatan rapi kerana jangkitan COVID 19. Pemergiaannya tinggalkan banyak kesan manis dan positif bukan sahaja dalam kalangan rakan industri, tetapi juga masyarakat Malaysia.
Instagram: @shuibsepahtu, @sitisarahraissuddin
Sumber : GEMPAK
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: https://greatdailynews.com/
Leave a Reply