“Basah Ketiak..” Datuk Lee Chong Wei Kongsi Reaksi ‘First Time’ Layan ‘Medal Match’ Olimpik Kat TV

Setelah beberapa hari ‘kempunan’ untuk mendapatkan pingat di temasya Olimpik Tokyo, Malaysia hari ini dihadiahkan dengan pingat gangsa menerusi kemenangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebentar tadi.

Menewaskan jaguh beregu dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan, mereka mempamerkan aksi yang sangat bertenaga.

Walaupun tewas pada set pertama dengan mata 21-17, mereka bangkit semula dan berjaya ke set penentuan dengan mata 21-17 dan melakar kemenangan dengan mata 21-14.

Bagi kita yang menonton dari kejauhan ini, ia merupakan perlawanan yang sangat mendebarkan dan pastinya membuatkan semua orang tidak senang duduk.

Tidak terkecuali, bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga turut memberikan reaksi terhadap perlawanan itu.

Menerusi Instagram Story miliknya, dia meluahkan rasa bangga terhadap Aaron dan Soh Woi Yik. Dia juga mengatakan bahawa ini merupakan pertama kali beliau menonton perlawanan badminton di Televisyen.

“First time layan olimpik badminton medal match live depan TV. Basah Ketiak!,” katanya.

Reaksinya itu membuatkannya ramai terhibur sehingga ia menjadi tular di media sosial.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: Datuk Lee Chong Wei, siakapkeli

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*