“Plot twist betul” -Adik Comel Ni Men4ngis Tengok Gambar lbu Bapa Sebab Rindu, Tapi Lain Pula Jadinya

Apabila merindui seseorang yang kita telah lama tidak jumpa, apa yang kita mampu buat adalah melihat gambar kenangan lama dan berharap kita dapat berjumpa lagi ahli keluarga atau rakan yang kita rindui suatu hari nanti.

Tetapi ada juga individu yang kita rindui tetapi tidak dapat temui kerana mereka tiada lagi dalam hidup kita, dan membelek album gambar adalah satu-satunya cara untuk mengubat rindu itu.

Sebuah video TikTok yang dikongsikan baru-baru ini contohnya telah mencuit hati ramai apabila seorang kanak-kanak menangis sambil memegang bingkai gambar ibu bapanya.

Dalam video oleh pengguna emiliaemeleen itu, budak perempuan berkenaan kelihatan sangat sedih sambil memeluk sebuah bingkai gambar.

Dia kemudian menunjukkan gambar tersebut pada kamera sambil menunding ke arah dirinya bersama ibu bapa ketika keluar bersiar-siar.

Apabila ditanyakan mengapa dia begitu sedih, kanak-kanak itu berkata dia rindu, membuatkan ibunya ketawa kerana dia ada di hadapan anaknya itu.

Video yang dikongsikan dengan kapsyen “Tiada org nk ambik utk brlakon ke…” turut membuat ramai terhibur di samping ada yang berpendapat mungkin apa yang dimaksudkan kanak-kanak berkenaan adalah dia rindu untuk meluangkan masa di luar rumah.

“Depan mata pon drama…”

Screenshot 2021-07-17 060838

“RIndu nak berjalan-jalan…”

Screenshot 2021-07-17 060826

“Skali dgr suara mummy ckp…”

Screenshot 2021-07-17 060927

SumberTikTok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*