Lihat C0vid di Selangor Yg Gagal Diurus Secara Berkesan, Sekali Najib Cakap Pasal D0sa

Bekas perdana menteri Najib Razak mengingatkan kerajaan bahawa berd0sa membiarkan rakyat yang sakit berada dalam kesusahan sehingga terpaksa menunggu sepuluh jam bagi mendapatkan perhatian.

Najib meluahkan rasa bimbang berhubung pengurusan kes C0v!d.19 di Selangor yang gagal diurus secara berkesan.

“Tapi tetap berlaku. Malah bertambah teruk. Mereka ini beribu-ribu warga Malaysia, tahu? Mereka sedang sakit, tahu?

“Berd0sa ‘korang’ biarkan orang yang sudah sakit untuk beratur sepuluh jam sehingga ke jalan raya sebelum mendapat perhatian.

“Kerajaan PH (Pakatan Harapan) Selangor, suruhlah kerajaan pusat untuk sediakan lebih banyak lokasi pusat penilaian C0v!d.19 (CAC) di pelbagai daerah untuk ringankan beban.

“Jika kita boleh buat banyak mega PPV (pusat penerimaan vaksin), takde sebab kita tak boleh buat lebih banyak CAC yang lebih kecil tapi tersebar supaya mereka tidak perlu berkumpul dan bersesak di satu lokasi mega,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pasukan perubatan kecemasan Sabah dikerahkan ke CAC di Stadium Melawati, Shah Alam dan Dewan Sri Andalas di Klang untuk merawat keadaan pesakit C0v!d.19 yang teruk sementara menunggu kemasukan mereka ke hospital.

Ini berlaku setelah keadaan beberapa pesakit di CAC Stadium Melawati bertambah buruk ketika sedang menunggu dimasukkan ke hospital.

Pasukan Respons dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) yang menyediakan sukarelawan di kedua-dua CAC berkenaan berkata, mereka hanya boleh memberikan bantuan oksigen untuk pesakit terbabit.

Ketua penyelaras Imaret, Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim berkata, seramai 20 hingga 40 pesakit tersekat di Stadium CAC Melawati minggu lalu, sesetengahnya sehingga larut malam.

“CAC dikendalikan oleh doktor dan pegawai perubatan dari klinik kesihatan. Kita perlu memulakan pasukan kecemasan di CAC,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi

Dalam pada itu, Najib berkata isu kesesakan di CAC pernah diutarakannya sebelum ini dengan memberi cadangan penyelesaian.

“Isu kesesakan ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu. Siap beri cadangan cara penyelesaian.

“Kenapa ini masih boleh berlaku malah bertambah par4h. Kenapa kamu tiada belas kasihan pada mereka?

“Ibu dengan anak, warga emas. Semua sedang sakit. Ada yang tenat. Semua terpaksa beratur bersama ribuan lagi pesakit C0v!d,” katanya lagi.

Peningkatan kes di Selangor menyebabkan Pusat Penilaian C0v!d.19 di Stadium Malawati terus dikunjungi orang ramai dalam mendapatkan penilaian kesihatan.

CAC Stadium Malawati tersebut mula beroperasi pada 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dengan mampu menampung sehingga 1,500 pesakit.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai didapati telah menunggu di bawah khemah ketibaan sejak pukul 6 pagi walaupun CAC itu dibuka pukul 9 pagi.

Hasil tinjauan juga mendapati pelbagai keadaan pesakit tiba di CAC termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga emas, pekerja kilang malah ada yang kelihatan uzvr ketika sedang beratur menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.

Seorang ‘pengunjung’ CAC mahu dikenali Azman memberitahu, dia hadir ke CAC itu pukul 12.30 tengah hari tadi dalam mengetahui status kesihatannya.

“Ramai suka datang sini sebab CAC besar walaupun terpaksa beratur panjang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dipetik berkata, beliau akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dalam menambah baik kemudahan CAC tersebut.

“Kalau CAC, ramai hanya ingat Stadium Malawati walaupun di setiap daerah ada CAC sendiri.

“Prosesnya sama itu memberikan dan memotong gelang (pink) dan penilaian lain termasuk keperluan butiran. Kalau pergi CAC lain silap-silap jangka masanya lebih pendek,” jelasnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*