Hubungan int1m antara suami isteri itu penting, kata Shaheizy Sam

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan walaupun sudah berkahwin selama lima tahun, mereka tidak pernah sekali pun pergi berbulan madu sebagaimana lazim dilakukan pasangan suami isteri lain.

Sam dan Syatilla bagaimapun percaya, hubungan intim dalam perhubungan suami isteri ialah faktor yang sangat penting dalam memastikan kebahagiaan setiap pasangan dalam sesebuah rumah tangga.

“Sejak bergelar suami isteri, kami memang tidak pernah honeymoon (berbulan madu).

“Sebenarnya, mengikut perancangan awal, kalau tidak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini (8 Februari) iaitu tarikh ulang tahun perkahwinan, kami nak pergi berbulan madu di suatu tempat namun terpaksa dibatalkan,” kata Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, Sam berkata, dia dan isteri sentiasa mencari ruang untuk menjadikan hubungan intim antara mereka sama seperti hari pertama perkahwinan.

“Hubungan intim itu penting antara suami isteri. Penting untuk rasa ‘keseronokan’ itu dalam hubungan rumah tangga,” kata aktor filem p0lis Evo itu.

Syatilla menambah: “Tak pernah sehari pun dalam tempoh perkahwinan, saya tidak ucapkan ‘I love you’ kepada Sam. Saya percaya, penting untuk merasakan hari-hari seperti hari pertama perkahwinan.”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*