Nampaknya, drama Takdir Yang Tertulis sudah sampai ke tahap konflik yang membuatkan ramai orang tidak senang duduk. Malah, di laman sosial media juga kelihatan rata-rata netizen bengang dengan tindakan watak Azlan, Ruhila dan Che Salmah dalam drama ini.
Tetapi emosi penonton pula sampai terbawa-bawa sehinggakan pelakon Nazim Othman terima m4kian dan kec4man angkara watak Azlan itu.
Kenapa nak m4ki pelakon pula?
Nazim menerusi laman Instagram memuat naik video ringkas menasihati netizen supaya tidak terbawa dengan perasaan marah dan geram sejurus menonton drama berkenaan. Malah, dia juga kelihatan berasa ger4m apabila terima kecaman netizen disebabkan memegang watak sebagai suami kepada Juweta dan Ruhila itu.
Korang ni kan… tahu la korang marah, emo, geram tengok drama tu tapi yang tak fahamnya kenapa nak maki hamun pelakon pula. Kalau nak maki, maki jela watak tu. Jangan m4ki pelakon. Cara korang tu macam saya ni, betul-betul husband Nad Zainal dan Elvina. Aduh peninglah. Saya ni single!
Ser4m dengan respon netizen
Perkongsian Nazim itu turut mendapat perhatian pengarah drama tersebut yang mengakui penonton Malaysia gagal mengawal emosi dengan baik.
Katanya lagi, dia turut bimbang dengan setiap maklum balas dari penonton dengan drama tersebut. Ini kerana ada segelintir penonton terbawa-bawa emosi sampaikan rasa be3nci terhadap seseorang pelakon yang melakonkan watak tersebut. Dia turut menyifatkan Nazim Othman seorang pelakon yang telah berjaya membawa watak berkenaan sehingga membuatkan netizen membencinya.
Ini lakonan je
View this post on Instagram
Sementara itu, Shahrulezad turut memuat naik status di laman Instagramnya juga dengan memperingati penonton bahawa drama tersebut adalah lakonan semata-mata.
Ini lakonan je kot. Abam takut nanti tak ada artis yang berani nak berlakon watak-watak begini dalam drama abam yang akan datang kalau hujung-hujung derang jadi bahan keb3ncian. Nak marah. Marah je lah pada watak. Jangan sampai m3ki hamun pelakon. Not good sayang.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Sumber: Nazim Othman
Leave a Reply