Selepas Enam Bulan Kisah Tak Mampu Beli Susu Dan Pampers Anak Tvlar, Ini Terjadi Kepada Pelakon Reza Hasbi

Sekitar Mei lalu, kisah seorang pelakon yang tidak mampu beli susu dan lampin anak telah tular dan mendapat perhatian banyak pihak sehingga menimbulkan perdebatan ramai.

Reza atau nama sebenarnya Muhamad Ridzuan Habullah, 30, mendedahkan pernah satu ketika beliau terasa seperi mahu minta bantuan zakat malah terp4ksa balik kampung untuk meminta belas ihsan ibu bapa.

Namun selepas enam bulan berlalu di mana kisah kesulitan hidupnya tular di media sosial, rezeki Reza Hasbi kini semakin murah apabila tawaran kerja yang semakin banyak bagi membintangi beberapa drama.

Bagaimanapun Reza memberitahu tawaran berlakon yang diterima tidak membataskan dirinya untuk terus mengambil upah membaiki atap dan memotong pokok.

Menurut Reza lagi beliau dia enggan memikirkan cakap-cakap orang disekelilingnya asalkan rezeki yang dicari adalah daripada sumber halal.

” Ada saja yang tanya kenapa tak jaga imej sebagai selebriti… ramai yang mengut0k di belakang, tapi saya tak kisah… saya tak ada rasa maIu langsung. Pada saya biarlah mereka, lambat-laun mereka akan berhenti.

Reza mengambil upah melakukan kerja-kerja kampung.

” Lntaklah mereka nak cakap apa pun. Asalkan saya cari rezeki yang halal untuk keluarga. Lagipun memang asal-usul sebelum jadi pelakon pun saya dah biasa buat kerja sebegitu kerana selalu tolong ayah.

” Saya masih mengambil upah membuat kerja-kerja kampung macam potong pokok, bertukang dan betulkan zink rumah orang… bolehlah sebagai kerja sampingan. RM50 pun siapa nak bagi,” ujarnya.

Reza Hasbi masih mengambil upah memotong pokok di kampungnya di Kuala Kangsar.

Pernah berdepan dengan situasi memeritkan apabila terp4ksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan selepas hampir lapan bulan tidak menerima tawaran berlakon, aktor drama Dia Menantu Rahsia ini berkata, dia nekad untuk ‘bangun’ dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

” Sebelum ini saya pernah hampir lapan bulan tak dapat job berlakon dan itu membuatkan saya sedar perlu mulakan perniagaan.

” Sekarang ni saya banyak guna duit untuk buat modal kepada perniagaan warung dan homestay. Buat masa ini memang rasa sangat struggle tapi InsyaAllah, saya target pertengahan tahun depan mungkin kewangan akan kukuh semula.

” Setakat ini, perniagaan juga agak memberansangkan. InsyaAllah, kalau projek homestay saya dah siap mungkin tak perlu lagi buat kerja-kerja (kontraktor kampung) itu semua,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Reza berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis yang akan memulakan siarannya di Astro Ria pada Selasa.

Sumber : mstar/malaysiaunited

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*