Percintaan antara pelakon terkenal, Farah Nabilah dengan jejaka pilihan sememangnya mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini.
Selain majlis perkahwinan Farah Nabilah dan suaminya, Mohammed Amirul Yunus menjadi bualan ramai, kisah percintaan pasangan ini yang heboh setelah berkahwin turut dipuji peminat dan netizen.
Pasangan ini bagaimanapun selamat bergelar suami isteri pada 20 Disember, hari Jumaat yang lalu dengan sekali lafaz di Royale Chulan, Damansara.
Sah bergelar suami isteri
Difahamkan, pelakon ini menerima wang hantaran berjumlah RM77,777.77 dan hal berkenaan juga tular selain membuatkan ramai tumpang gembira.
Menjenguk pula kelaman Instagram milik pelakon Titian Cinta ini, dia turut memuat naik banyak foto dimajlis bahagianya bersama jejaka pilihan yang juga merupakan seorang juruterbang.
Semua busana Farah Nabilah cantik
Beberapa majlis seperti akad nikah dan resepsi pasangan ini turut meraih perhatian peminat serta pengikut. Busana persis Puteri Jasmin dan Amirul ibarat Aladdin pula menaik perhatian ramai.
Sama cantik, sama padan
Dalam pada itu, majlis upacara khatam Al-quran turut dipuji ramai apabila melihat perkongsian beberapa foto oleh Farah Nabilah dilaman Instagram.
Pada Oktober lalu, Farah Nabilah telah mengumumkan akan mendirikan rumah tangga bersama pasangannya dan telah memilih dia akhir tahun 2019 sebagai hari penyatuan mereka.
Sumber: Farah Nabilah via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral
Leave a Reply