Meski sudah bergelar jutawan Hairi Safwan akui tetap naik motor datang latihan..

Menerusi temu bual bersama Hiari Safwan baru-baru ini, dia mengakui telah pun bergelar jutawan setelah tumpukan perhatian kepada bisness selama beberapa tahun.

Hairi atau nama sebenarnya, Mohd Hairi Safwan Aznan menjelaskan bahawa dia sedang menjalankan bisness perniagaan produk makanan tambahan, TKO Nutrition.

Namun begitu, dia tetap aktif dalam seni hiburan kerana meminati bidang seni.

 

“Alhamdulillah.. saya sudah capai terget tapi masih lagi berlakon kerana minat. Cuma beberapa bulan ni saya sedang tumpukan perhatian kepada anak saya kerana dia menjalani pembed4han membuang t0nsil.”

“Selain itu saya juga terbitkan teater dan sedang mempromosi filem lakonan saya, Busut Bonang yang akan ditayangkan 19 Disember ini.”

 

 

View this post on Instagram

 

Budak bukan sebarang budak Budak mandi ditepi lombong Jalak bukan sebarang jalak Jalak biasa menang bersabung

A post shared by Hairisafwan (@hairisafwan) on

Selain itu,bila ditanya mengenai kecintaanya terhadap bidang lakonan, Hairi turut mengatakan dia perlu membahagiakan keluarganya.

“Sudah tentulah sesiapa saja yang ada duit, mereka nak berehat. Jika dipilih antara kaya atau popular, sudah tentu saya pilih kaya.”

‘Target saya ialah ingin bahagiakan keluarga dulu, kemudian baru berehat.”

 

 

View this post on Instagram

 

Rindu kamu sayang papa

A post shared by Hairisafwan (@hairisafwan) on

“Jadi selepas saya mengusahakan TKO alhamdulillah saya berjaya raih rezeki. Tapi itu juga mengingatkan saya agar tidak boros dan berjimat cermat.”, ujarnya.

“Saya tetap berjimat dan menaiki motorsikal untuk datang latihan dan sebagainya.”

Sumber: Carian Google, Instagram Hairi Safwan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*