“Saya sering berdoa agar dijauhkan dari lelaki yang bukan jodoh saya”, itu kata-kata Siti Nordiana apabila diajukan soalan tentang jodoh.
Meskipun sudah 9 tahun bergelar ibu tunggal, namun penyanyi yang mesra dengan nama Nana ini tidak mahu memikirkan lagi tentang berumah tangga meskipun sering digosipkan bercinta dengan Khai Bahar.
Menurut Nana, banyak perkara lagi yang perlu diutamakan, terutama sekali tentang anaknya, Mohammad Rayyan Nakhaie yang kini sedan meniti alam remaja.
“Saya belum bersedia untuk berumah tangga. Lagipun banyak persediaan yang perlu dilakukam terutama dari segi fizikal dan mental.”, katanya menerusi BH online.
View this post on Instagram
#hatikumilikmu #sfmm34 #sitinordiana . . ???? @lumiereconcept ???? @boscoryzal Styled by @yumimarina
“Saya sering berdoa agar dijauhkan dari lelaki yang bukan jodoh saya. Insha Allah jika sampai masa, ada lah jodoh saya. Sekarang fokus saya ailah anak dan kerjaya”, katanya lagi.
Nana turut mengakui ada pihak yang berminat untuk menghulur salam perkenalan namun dia tetap utamakan penjagaan anak. Lagipun apabila mula terima perkenalan, banyak hati yang perlu dijaga.
View this post on Instagram
First time rasa diri kita comel ???????? . #indahsuhaila #sitinordiana #satukanrasa
Sekadar imbasan, Siti Nordiana pernah berkahwin dengan pelakon Faizal Yusup pada tahun 2006 namun berp1sah pada tahun 2009.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 11 tahun.
Sumber: Instagram Siti Nordiana, BH Online, Carian Google
Leave a Reply