Selepas 22 hari melahirkan cahaya mata pertama, Ika Nabella telah mendedahkan wajah anak pertamanya itu di akauan Instagram untuk perkongsian bersama peminat.
Malah, pelakon itu juga telah memilih nama Muhammad Noah Zyan buat putera sulung mereka.
Ika dan suami turut mengadakan majlis tahnik yang disempurnakan oleh penceramah bebas, Al Habib Ali Zaenal Abidin dan beberapa orang ustaz yang lain.
“Alhamdulillah rezeki anak soleh,
Muhammad Noah Zayn Bin Muhammad Zaid @muhammadnoahzayn
ditahnik Al Habib Ali Zaenal Abidin,
Ustaz Haji Muadzeen, para ustaz, Aki & Atok pada hari ke-7 kelahiran.. semoga anak Mommy & Ayah @zaidbowie
membesar sihat & sempurna menjadi hambaNya yg beriman & beramal soleh.. Aih mata masuk habuk ???? besarnya amanah Allah yg satu ini..”, kongsinya.
Dalam perkembangan yang lain, Ika Nabella juga telah membuka akaun Instagram khas anaknya untuk berkongsi perkembangan semasa.
Sumber: Instagram Ika Nabella
Leave a Reply