
Kebelakangan ini, pelawak dan penyampai radio Shuib dilihat sering berkongsi koleksi kereta mewahnya di akaun Instagram miliknya.
Menafikan niat ingin menunjuk-nunjuk oleh segelintir pihak, Shuib menjelaskan tindakannya itu sekadar ingin berkongsi minatnya terhadap pacuan mewah tersebut.
“Bukan niat nak menunjuk-nunjuk , saya cuma ingin berkongsi minat saya, Kalau rasa tidak suka dengan apa yang saya kongsi, jangan follow”, katanya ketika dihubungi.
“Saya bekerja keras untuk dapatkan apa yang saya inginkan kerana itulah minat saya”, jelas usahawan itu.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Shuib menepis telahan ramai yang mengatakan dia sudah bergelar jutawan dan sentiasa merendah diri.
Namun dengan perkongsian kereta mewahnya, telah menunjuk dia sudah berada di tahap yang selesa.
Antara kereta mewah yang dikongsinya ialah Porsche GT4, Mc Laren 650s, Camaro Chevrolet dan lain-lain.
View this post on Instagram
Korang suka mana??? #mustangneedforspeed #Mclaren650S #HJMSB #Honeyjuana @honeyjuanajuice
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Shuib
Leave a Reply