“Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri..”- Sheila Rusly

Sempena Anugerah Skrin 2019 yang berlangsung semalam, hos dan pelakon Sheila Rusly ada berkongsi beberapa keping foto di akaun Instagramnya.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai ialah kapsyennya pada entri itu.

Sheila menyatakan hasrat ingin mengundurkan diri dari bidang seni setelah 34 tahun berkecimpung dalam industri tersebut.

“34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri..mohon pertunjuk mu Ya Allah. Congratulations @zarazya untuk PIA & @kupu_kupu untuk Dia Tak Berdosa. Cukup setakat ni.. Alhamdulilah..
Outfit @melindalooi
Makeup @naomilarra
#jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah“, tulisnya di entri tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

34 tahun menghambakan diri sebagai anak seni. Pagi ni terlintas dihati nak mengundurkan diri..mohon pertunjuk mu Ya Allah. Congratulations @zarazya untuk PIA & @kupu_kupu untuk Dia Tak Berdosa. Cukup setakat ni.. Alhamdulilah.. Outfit @melindalooi Makeup @naomilarra #jspictures #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Perkongsian Sheila telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuk suaminya sendiri.

“Berundur lah jika itu kata hati…
Berundur lah kalau itu ketentuan Illahi…
Berundur lah jika sampai masa untuk pergi…
Berundur lah jika terasa cukup pengabdian diri….
Berundur lah jika rasa tidak diperlukan lagi…
Berundur lah jika industri tidak memerlukan lagi…
Berundur lah jika yakin keikhlasan sudah tiada lagi…
Berundur lah jika yakin kejujuran sudah tiada lagi…
Berundur lah jika takut nanti mer0sakan hati…
Cuma Jangan berundur dari hidup ini kecuali kalah kerana m4ti…
Kerana nama mu SHEILA RUSLY dan disebelah mu tegap gagah bagai tiang seri …AZMAN YAHYA nama diberi …TOK SIDANG MALAYA ini…
.
Berundur lah babe kalau itu kata hati…..I love babe..”, tulis suaminya di ruangan komen.

Antara komen lain yang diterima:

Sumber: Instagram Sheila Rusly

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*