Fatin Husna Selamat Bertunang, Bakal Nikah Disember Ini!

Selepas berganding dengan Khai Bahar dalam single duet berjudul Rahsia Kita, nama Fatin Husna semakin dikenali ramai.

Terbaru, dia memaklumkan bahawa sia telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati. Menurutnya, majlis pertunangan tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh ahli keluarga yang terdekat sahaja.

Fatin telah berkongsi beberapa keping foto di akaun Instagramnya.

“Assalamualaikum . Alhamdulillah pada tarikh 12.10.19 saya telah bertunang secara kecil kecilan antara keluarga terdekat sahaja☺️”

“In shaa Allah pada pertengahan bulan 12 Saya akan bernikah.. semoga semua urusan di permudahkan.. dan doakan semoga saya dapat harungi dugaan bertunang????in shaa allah amin..???? #fiance #fatinhusna #doayangbaikbaik“, tulisnya.

 

“The shortest word I know is “I”.
The sweetest word I know is “LOVE”.
And the person I never forget is “YOU”. “I LOVE YOU” @luqmanul_93 ❤️???? #bukanselalusweet ????”

 

Lantas, peminat mengucapkankan tahniah pada penyanyi tersebut dan semoga segala urusan berjalan dengan lancar!

Sumber: Instagram Fatin Husna

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*