Meskipun sudah mempunyai dua orang cahaya mata, namun pelakon Aeril Zafril tetap teruja untuk bergelar seorang ayah sekali lagi.
Terbaru, Aeril ada berkongsi satu rakaman video di akun Instagramnya.
Menerusi rakaman tersebut, Aeril dilihat sedang meneman Wawa melakukan scan untuk kandungannya yang sudah mencapai usia 7 bulan.
“Terima kasih isteri…????????”, tulisnya ringkas.
Lantas perkongsian Aeril dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada para peminat atas kehadiran cahaya mata yang ke-3 nya itu.
Untuk rekod, Aeril dan Wawa telah diijabkabul pada 2013 secara rahsia dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla.
Wawa dilaporkan hamil kali ketiga dan usia kandungannya sudah mencapai 7 bulan.
Sumber: Instagram Aeril Zafril
Leave a Reply